i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!
Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

ketam tu bertelur...

Mekasih byk2 kat sis Hasue sbb rcp yg ni mmg superb...syiok gitu bila eh ratah2...kak, linda minta izin C&P rcp tu kat sini lak ekk...sbg rujukan masa akan dtg..mekasih ya!!



Ketam Goreng Sos Bertelur
sumber: kak HaSue

Bahan-bahan:
  • 1 kilo ketam - buka cengkerangnya dan buang insang n poket bhn buangan-potong 2 jika saiznya agak besar. Cuci bersih dan toskan.
  • 2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 batang cili merah*(nak pedas lagi boleh tambah cili padi)/boleh juga guna cili kisar
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos plum(optional)
  • 2 biji telur ayam-pecahkan dalam mangkuk n dipukul sedikit
  • 1 cawan minyak masak(agak2 jer)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Tomato(optional-potong berbaji
Cara-cara:
  1. Masukkan ketam ke dalam bekas yang agak besar,tabur garam dan serbuk kunyit. Tampikan bekas supaya ketam bergaul mesra dengan garam dan serbuk kunyit tadi. Tidak perlu gaul menggunakan tangan atau senduk. Kisar bahan bertanda
  2. Goreng ketam sehingga kulitnya kemerahan untuk sekejap sahaja..jangan goreng lama2 nanti isi ketam akan keras. Goreng sampai habis termasuk kulit(cengkerang)sekali(yg bertelur)
  3. Setelah habis menggoreng ketam,gunakan minyak yang sama(jika masih banyak kurangkan sedikit sehingga tinggal dalam setengah cawan).Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau n kekuningan.
  4. Masukkan semua jenis sos sambil dikacau sebati. Masukkan air secukupnya(dlm 1 cawan gitu),perasakan dengan garam n sedikit gula/perasa
  5. Biarkan kuah mendidih dan sedikit pekat barulah masukkan ketam yang sudah digoreng tadi..gaul rata.Jika suka masukkan tomato yang dipotong berbaji
  6. Setelah bahan2 sebati dengan ketam tadi,masukkan telur ayam dan kacau seketika
  7. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan..Selamat Mencuba!
~LINDA~

Seafood lagiii

Ni menu yang dimask mggu2 lepas...bru berkesempatan nk menghupdate..hehhe


Ketam Goreng Berempah

Bahan:

1kg ketam - dibersihkan
serbuk kari
serbuk cabai
sedikt lada hitam
sedikit jintan mnis
sedikit ketumbar
daun kari
garam/gula

Cara:

1. Gaulkan ketam2 dengan bahan2 diatas kecuali daun kari. Perap lebih kurang 1/2jam ke 1 jam
2. Panaskan minyak, masukkan daun kari, kemudian barulah digoreng ketam...jgn terlampau garing!!

~LINDA~

Udang lagikkkk

Tapi kali ni sambal udang ringkas lak...dari my sister..


Sambal Udang my sis

Bahan-bahan:

Udang 1kg - dibuang janggut
2 bwg besar - dikisar
15-20 tangkai cili kering - dikisar
3 ulas bwg putih - dihiris
garam/gula
sedikit air asam jawa

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis bwg putih, kemudian masukkn bwg besar dan cili yang telah dikisar. Biarkan hingga mendidih dan pecah minyak (api sederhana)
2. Masukkan air asam jawa dan udang. Biar hingga udng masak (jgn terlalu lama)
3. Masukkan bahan perasa dan daun bwg. Siap!!

~LINDA~

Sutun...sutun....

Ketupat Sotong Versi Kelantan


Sumber: Blog Citarasawan

Bahan A:
10 ekor sotong sederhana (buang kulit hitam dan tulang, cuci bersih) asingkan kepalanya
lidi untuk menyucuk

Bahan B
1/2 cawan pulut (bersih dan toskan)
1/2 cawan santan pekat
1/4 sudu teh garam
(Rendam 30 minit bersama santan dan garam)

Bahan C
100gm gula melaka di racik
2 cawan santan (tidak terlalu pekat)
1/4 sudu teh garam
1 hiris halia (dimayang halus)
1 helai daun pandan

Cara-cara :
1. Bahan B : Masukkan 3/4 penuh pulut ke dalam perut sotong (2 sudu kecil), masukkan kembali kepala sotong dan cucuk dengan dengan lidi supaya pulut tidak terkeluar.
2. Atur sotong di dalam periuk, masukkan bahan C dan renehkan dengan api sederhana sehingga hampir kering.
3. Siap di hidang.

(mekasih ya Resipi Citarasawan...minta izin share kt sini..harap maaf! psstt...just copy n paste jekk.. )


~LINDA~
Kepah Goreng Belacan
Sumber: My adik ipar


bahan2 :-

kepah
cili api - tumbuk kasar dgn belacan
bwg putih ,bwg besar , halia - dihiris
serai- diketuk
cili merah - dihiris
belacan sikit je
daun limau purut
sos tiram
garam dan gula secukup rasa ..

cara2 nak masak :-

1.  panaskan minyak ..  .. masuk cili api yg dtumbuk dgn belacan, bwg besar, bwg putih, halia, cili merah dan serai
2. Kemudian, masuk kepah , sos tiram , garam , daun limau , gula sikit .. gaul dgn api besar .. lps da gaul rata , api sederhana dan biar kepah masak sekejap .. pastu ... siappp !!!!

~LINDA~

Fresh dari Kuala....

Udang Goreng Kunyit


Bahan-bahan:

Udang
Bawang Besar - dimayang
Bawang putih - dihiris
halia - dihiris
cili merah - dipotong serong
sedikit serbuk kunyit
sedikit air asam jawa
gula/garam

Cara: 


1. Tumiskan bahan2 hiris hingga layu dan naik bau, kemudian masukkan udang dan serbuk kunyit. 

2. Goreng seketika sebelum masukkan air asam jawa dan bahan perasa. 

3. Gaul sebati, sedia dihidang. 

~LINDA~

Ketammmm

Sup Ketam


Bahan:

Ketam
bwg merah/bwg putih - ditumbuk
Halia - dihiris memanjang
Serai - diketuk
ubi kentang - dibelah 4
tomato - dibelah 4
sedikit lada hitam
daun bawang - hiasan

Cara:

1. Tumis bwg yg telah ditumbuk bersama dgn halia dan serai. 


2. Kemudian, masukkan air dan ketam serta ubi kentang. Biar hingga mendidih dan ubi empuk, kemudian masukkan bahan perasa dan tomato. 

3. Biar seketika sebelum dimasukkan tomato. Last, tbur daun sup sebelum dihidang...

~LINDA~

Menu Lunch


Menu lunch hari ni masakan yang biasa2 ja..malas nk berceloteh panjang, jom nengok apa yg cek masak utk santapan kami sekeluarga...


Masak Lemak Cili Padi Udang + Kacang Panjang

Bahan:

1/2kg udang 
2 batang serai - diketuk
1 inci kunyit hidup - dikisar
10 cili padi thai - dikisar
santan pekat 
daun kunyit 
kacang panjang
2 keping asam gelugor

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak, dan tumis serai. Masukkan bahan kisar, tumis sekejap.
2. Masukkan santan, udang, asam gelugor. Kacau sebentar.
3. Masukkan kacang panjang dan daun kunyit, serta bahan perasa. Didih, jgn smpai pecah minyak. Siap.


Daging Masak Merah simple

Bahan: 

1/2kg daging batang pinang - hiris nipis
1 labu bawang besar - belah dua kemudian potong baji
6 biji cili padi thai - diketuk
3 ulas bawang putih - diketuk
1-2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar sos tomato
1 biji cili merah - hiris menyerong

Cara:

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih. Kemudia masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Gaul
2. Masukkan daging, gaul sebati, biarkan seketika.
3. Masukkan cili padi thai dan bawang. Biar hingga daging masak, jika kuah agak kering, tambahkan sedikit air.
4. Kuah dah agak pekat, masukkan cili merah dan bahan perasa. Siap!!


~Linda~

Sutun~~

Sotong Oriental
Sumber: Hakak Nor Ganu



Bahan2

500 gm sotong ~ bersihkan & potong kemudian dicelur sebentar & tos
1 tangkai daun kari
5 ulas bwg merah ~ hiris
3 ulas bwh putih ~ cincang
garam & gula secukup rasa
1 biji cili hijau ~ hiris (MaDiHaA tambah)

Bahan2 ini dicampur jadikan pes

2 s/b pes tom yam
2 s/k rempah kari ikan
1 1/2 s/b sos tiram
2 s/k sos ikan
6 s/b air panas



Cara Menyediakan

1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bwg putih dan tumis hingga kekuningan.
2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan sotong dan cili hijau.. kacau rata. Masukkan garam (jika perlu) & gula & masak selama 5 minit. Sedia utk dihidangkan.

(kak nor..minta izin c&p kat umh linda ekk.. :I mekasih!!)


Rcp ni xtau nak buh nama pa..coz aku men blasah ja..tp sedap gak.. korang tgk la rcp ni then suggest la sket pa nama yg elok tuk rcp ni....wokey



Bahan-bahan:

Udang
Bwg besar - potong bulat
cili hijau - poyong serong
bwg putih - ketuk
sedikit cili kering kisar
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit sos tiram
sedikit sos plum
1 biji lemon - amik jus



Udang Goreng Kunyit



Udang
Ubi Kentang - potong bulat
1 bwg besar - potng bulat
2 bwg putih - hiris
1/2 halia - hiris memanjang
2 cili hijau - potong serong




Bila my sis jdk cheff

(Tomyam Putih udang & sotong)



ermmm..rcp..lupa lak nk tnya kat adik aku..tp mmg best arr tomyam yg dia masak..cukup rasa..pedas, masam..kira mmg "kick" la..walla...klu kowang suma nak tau adik aku yg aku panggei kakak (adik no3) skunk ni dia duk ngan aku sbb dia nak koje kat kl ni...alhamdulillah.. first day cari koje terus dpt...dia ni graphic design...apapapun koje kat umah senang sket la bila dia ada sbb leh tlg tgkkan ank2 buah dia yg memang nakai tu.. k la.. nnt aku hupdate rcp..kang blik nk tnya dia...



psst..haha..rcp xyah la ekk sbb adik aku kata juz pakai bhn2 mcm biasa cuma pes tu tukaq kepada pes tomyam putin n lebihkan perahan limau...wokeh!!


(Sambal Udang & Tauhu)



Bahan-bahan:
1 mangkuk besar udang saiz xl - dibersihkan
3 keping tauhu - potong 4 - digoreng
5 sudu besar cili kisar
2 sudu mkn sos cili
2 sudu mkn sos tomato
2 sudu mkn sos tiram
1 labu bwg besar - belah 2 - hiris nipis
2 ulas bwg putih - hiris nipis
Cara:
1. Tumis bwg besar & bwg putih hingga agak layu. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, sos tiram masak hingga pecah minyak dgn api perlahan.
2. Andai sambal terlampau pekat, boleh tambahkn sedikit air. Kemudian, masukkan udang serta tauhu.
3. Biar hingga udang msk sebelum dimasukkan bahan perasa. Masak dlm api yg sederhana besar.

Sambal lagi.......

Sambal Sotong



Bahan-bahan:

Sotong - dibersihkan/ toskan
Cili kering*
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sos tiram
sos cili
1 labu bawang besar - potong bulat

Cara:

1. Kisar semua bahan * dan tumis hingga pecah minyak dengan api sederhana.
2. Masukkan sotong dan bahan sos. Kacau rata. Biar seketika.
3. Jangan terlalu lama masak sotong sbb takut nnt liat. Masukkan bawang. Sedia




Spicy Sausage With Crab Stick (Kak Dayang)



Bahan-bahan:

3 keping sosej - potong serong (goreng)
3 keping crab stick - potong serong (stock ni xde aku ganti ngan fishcake..sedap gak)
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 labu bawang besar - mayang
sedikit cili benggala - potong dadu (stock abis ganti ngan cili hijo)
1 biji cili merah - hiris
1-2 cili padi - hiris
1 sudu mkn sos tiram
2 sudu mkn sos cili
1 sudu mkn jus lemon
1 sudu mkn kicap manis
daun bawang
Lain2: brokoli (dicelur), baby tomato (xletak pun)

Cara:

1. Panas 1 sudu marjerin di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
2. Masuk cili padi, cili merah dan cili benggala.
3. Masuk sos tiram, sos cili, kicap dan air. Biar didih.
4. Masuk sosej dan crab stick. Kacau sebati.
5. Masuk lada sulah dan jus lemon.
6. Kuah pekat, masukkan daun bawang.
7. Hidang bersama brokoli dan tomato.


pssttt...kak dayang...sedap ni, ceq wat ratah2 jekk.. tens ya 4 da rcp!!







Udang lagi.......

Kali ni try Honey Prawn dari Kak Dayang Jack....alhamdulillah...sedap n yg paling penting pelanggan2 kat umah aku tu suka...kejap jekk abis...siap berebut2 lak tu..heheh..pas ni kena wat lebih2 la..hikhik...

(Honey Prawns)



Bahan-bahan:

400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
1 labu bawang besar*
1 biji cili merah*
3 ulas bawang putih*
3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
2-3 biji cili api (diketuk)
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus lemon
sedikit daun ketumbar (dihiris)
1/2 sudu besar kicap pekat


Cara-cara:

Kisar bahan2 bertanda *. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.

pssttt...kak dyg, ceq c&p je la ekk..heheh...tens ya coz sudi share rcp yg hangat di pasaran ni... :)


1st trial


Ni la percubaan 1st aku wat Udang bersalut Quacker oat ni...bg aku n anak2 sedap wehhh....but 4 my hubby...huhu, dia xbegitu menggemarinya....korang tgk la pic tu ghupa udang langsung xnmpak sbb sudah dipenuhi dengan kepingan2 oat itu...heheh...apapapun mmg besh...tens ya kak ITA...

(Udang Goreng Oat)



Bahan-bahan:

8 ekor udang besar
4 sudu Tepung tempura atau tepung gandum pun boleh
sedikit garam
sedikit kunyit
sedikit paprika jika suka pedas
5 + 2 sudu oat
sedikit air
minyak untuk mengoreng

Cara-cara:

1. masukkan tepung gandum, garam,kunyit, paprika, 2 sudu oat dan air jangan terlalu cair.
2. panaskan minyak. sambil tu gaulkan udang bersama tepung tadi.
3. kemudiaan goleh udang tadi ke adalam oat pula. jika mahu kan tebal kulitnya ulangi step 2 dan 3 sebanyak 2 kali.
4. Goreng sehingga kekuningan





Udang Goreng ....



Bahan-bahan:

Udang
Bwg putih/halia - tumbuk
air asam jawa
kicap pekat
lada sulah

Cara:

Gaul jekk suma tu n then perap lebih kurang 1jam..aku perap 2 1/2 jam..hihi..puas la mkn..tmbh lak time panas2 tu..sedap jekk dok mengunyah....pd tuan empunya rcp..thanks ya!!

hehe...aku lupa la rcp ni amik kat mana n apa nama rcp dia cuma ri tu aku ngat2 lupa time nak wat ni...aku men bubuh pa yg aku ingat jekk...rcp tu aku da salin, ntah mana aku cmpak pun xtau...huuhu





Simple ....

Singgang Sotong



Bahan-bahan:

Sotong
Cili padi - ketuk
Serai - ketuk
Bawang merah - hiris

Cara:

korang rebus jekk naik...ni time memalas ni elok la masak camni...xyah poning2 pikior nak masak pa...sedap gak bila mkn..laju jekk hirup kuah tu...pedas2 manis gitu..ahak!!



Steamboat...delicious



sedap..sedap...juz pakai rice cooker jekk snang tau...pada sapa2 yg nak try ni leh arr..aku juz angkut rice cooker tu kat ruang tamu, n mkn ramai2...pes sup dia aku cuma pakai pes tomyam..ishh, mmg sedap la..n sos dia aku c&p dari blog kak siti. tens ya kak siti...

Sos steambot

8 biji cili besar*
2 ulas bawang putih*
3 sudu sos ikan*
2 sudu minyak bijan*
1/4 cwn cuka*
1/4 cwn air*
garam & gula secukupnya
1/2 sudu kacang tanah*
Bijan
Daun ketumbar

Cara:

Masukkan bahan bertanda * di dalam pengisar. Kisar sebati. Masak di atas dapur sehingga sos menjadi sedikit pekat. Sejukkan. Bila nak hidang masukkan bijan & daun ketumbar.