i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!
Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

2012


Assalamualaikum...


Terlalu lama rasanya aku xkemas rumah ni...dh bermacam2 sarang yg dok hinggap...lega bila dah bersihkan sawang2 dan lalang2 yg tumbuh ni...huh..penat!!! hihi....

Xmo story panjang lebor...korang jamu mata je la dgn hidangan utk tahun baru ni yekk.. santapan menu 2012...LAYANZZZ!!


Nasi tomato


Kurma Telur


Ayam Masak Merah

*pssstt...gambo jelatah timun lupa lak nk snap...hihi..xnyempat2 nk bersantap...rcp? main campak2 jekk ni..hihi....

N3 tertunggakk.....


Menu makan2 sempena Mom's Day..Layanzzzzz

Nasi Ayam Sup Tomato
Sumber: CMG



Bahan-bahan:

4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 45 minit, toskan
4 cawan air
1 cawan susu sejat
1 cawan soup tomato
6 - 7 ketul ayam (mat guna bahagian peha dan dada), cuci bersih*
1 inci halia, tumbuk halus*
3 ulas bawang putih, tumbuk halus*
1 camca besar penuh rempah kurma*(*satukan, gaul rata dan perap 1 jam)
3 camca besar minyak sapi
2 helai daun pandan
1/3 cawan kismis
1/2 batang lobak merah, diparut memanjang
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

Bahan Tumis:

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
7 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
4 biji bawang merah, hiris
1/2 inci halia, hiris

Cara:

1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan 1 helai daun pandan dan ayam yang telah diperap tadi. Gaul rata dan masak hingga ayam kecut, jika perlu masukkan sedikit air dan masak hingga kering.

2. Masukkan beras, parutan lobak merah dan gual rata bersama ayam. Goreng sekejap. Matikan api.

3. Alih no. 1 tadi ke dalam rice cooker, tuang air+ susu sejat + soup tomato, baki daun pandan dan garam secukup rasa. Gaul rata dan masak hingga nasi kering. Tabur kismis dan biar nasi betul2 tanak. Kemudian gemburkan guna chop stick.

4. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Sedap dimakan bersama acar timun, paceri dan rojak..

NO: psstt...buat abg CMG mekasih byk2 sbb sudi share rcp yg mmg best2 sgt..smpai licin piyuk hehhe...mkn mcm tu jekk tanpa kuah pun dah sedap...n i'll make dis rcp as a rcp wajib..heheh.. thanks again!!


Dalca Daging
Sumber: CMG


Bahan-bahan:

400 gram daging, hiris dan rebus empuk (tp dah di tuko pd kaki ayam & leher..muahha)
1 biji terung bulat, dadu besar2
8 tangkai kacang panjang, kerat2 pada saiz 1 inci
2 biji kentang, belah 8 setiap biji
1 batang lobak merah, potong berbaji
1/2 cawan kacang dhal, rebus hingga empuk
2 biji cili hijau, belah 2 setiap satu
2 biji cili merah, belah 2 setiap satu
1 biji tomato, belah 8
1 keping asam gelugor
2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama baba's)
700 ml santan cair
200 ml santan pekat
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:

1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
2 keping hirisan lengkuas

Bahan Tumis:

1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari, dilurut
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris

Cara:

1. Rempah kari dibancuh bersama bahan kisar halus, kacau rata dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing.

3. Tuang bancuhan rempah kari, tu tumis hingga terbit minyak, gunakan api perlahan dan kacau selalu.

4. Masukkan kentang dan lobak merah, gaul rata dan masukkan daging bersama air rebusan. Tambah santan cair dan biar mendidih hingga kentang dan lobak lembut.

5. Tambah sayur lain, kacang dhal rebus, asam gelugor dan juga pati santan. Kacau rata.

6. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar masak sekejap dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api...boleh hidangkan..

NO: abg CMG...mekasih skali lg ya utk rcp dalca ni lak...n linda minta izin C&P kedua2 rcp ni k...

Acar@Jelatah Timun & Nenas


Bahan-bahan:

Timun
Nenas
Cili Merah
Bawang besar
Cuka
Garam/gula

Cara:

Just gaul jekk semua tu..ngeeeee


Nasi Minyak Gulai Kawah

Testing...testing

Kali ni try & error wat nasi minyak gulai kawah cam kat trngganu tu..dan hasilnya boleh la dibanggakan walaupun xsama cam da real one nasi minyak kat tgganu..

Kebetulan, masa balik trgganu on CNY ri tu sempat p pasar payang & borong rempah gulai kawah ni..so bila balik kl, ri Sabtu lepas bru berkesempatan nk buat...jadi, inilah hasilnya untuk lunch kami sekeluarga..




Nasi Minyak:

3 pot beras - dibasuh & ditoskan
3 bwg merah - dimayang
2 bwg putih - dimayang
halia - dimayang
4 sekawan untuk ditumis
2 helai daun pandan
sedikit susu cair
3 sudu makan marjerin + 3 sudu mkn minyak
pewarna kuning or ikut suka
air secukupnya

Cara:

1. Panaskan marjerin bersama dengan minyak.

2. Tumis bwg serta halia yg dimayang hingga kekuningan. Kemudian masukkan 4 sekawan & daun pandan.

3. Masukkan beras, susu cair, garam dan gaul hingga sebati.

4. Masukkan air & tanak nasi seperti biasa.

5. Masukkan perwarna ke dalam nasi dan biar seketika sebelum digembur. Sedia.



Daging Gulai Kawah

1/2kg daging
1 or 2 biji bwg besar*
3 ulas bwg putih*
halia*
2 sudu besar rempah gulai kawah
2 sudu besar cili boh@ cili kisar
santan
kerisik
1 keping asam keping
gula melaka
ubi kentang (terpulang sama ada nk letak atau tidak)

Cara:

1. Kisar bahan yg bertanda (*) hingga lumat. Satukan bahan kisar; rempah gulai kawah serta cili boh ke dalam satu bekas dan digaul hingga sebati untuk dijadikan pes.

2. Masukkan daging yang telah dibasuh & ditoskan td ke dlm periuk.

3. Masukkan pula pes td ke dlm periuk daging beserta dengan 1 mangkuk air.

4. Masukkan juga gula melaka; kerisik serta asam keping dan masak daging td hingga mati air.

5. Setelah daging agak lembut & kuah agak kering; masukkan kentang serta santan dan sedikit air. Masak hingga pecah minyak sebelum dimasukkan garam serta perasa.

6. Sedia dihidang bersama nasi minyak atau nasi putih.


Bubur Nasi.....juz a simple 1



Mmg simple but sedap la bg tekak aku ~~ bhn2 terdiri dari nasi bubur tnpa garam juz add ubi kentang, sup ayam, telur masin & sambal ikan bilis..mmg walla..



psst....sowie gambo mmg blur gilos........hhehehe

Nyum..nyum...

(Nasi Ayam Hainan)



Bahan-bahan:

Nasi

3 pot kecil beras - dibasuh dan ditoskan
5 bwg putih - dikisar halus
3 indi halia - dikisar halus
sedikit serbuk kunyit
3 helai daun pandan
kulit kayu manis + bunga cengkih + bunga lawang
3 sudu butter + 3 sudu minyak

Cara:

1. Panaskan butter + minyak. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih hingga naik bau.
2. Masukkan bwg putih serta halia yg telah dikisar halus bersama dgn daun pandan.
3. Kemudian, masukkan beras yang telah ditoskan daun gaul sebati.
4. Kering, alihkan beras ke dlm rice cooker dan tambahkan air serta garam. Masak mcm biasa.

Ayam

1/2 ekor ayam
6 biji bwg putih - dikisar halus
4 inci halia - dikisar halus

Kicap ayam

5 bwg putih - diracik halus/ potong dadu
sedikit minyak bijan
sedikit kicap cair

Cara:

1. Rebus ayam bersama bhn2 yg dikisar hingga ayam betul2 lembut.
2. Panaskan minyak bijan kemudian ttup api. Masukkan bwg putih, sekejap jgn smpai berubah warna (api jgn terlalu kuat masa panaskan minyak).
3. Angkat minyak bijan serta bwg putih, dan curahkan ke atas ayam.
4. Kemudian curahkan kicap cair. Sedia.

Sup

1. Air rebusan ayam td digunakan utk dibuat sup dan boleh ditambah ramuan kesukaan anda. jgn lupa daun bwg serta daun sup serta segala perasa tambahan.

Cili

6 cili merah - dikisar
6 cili padi - dikisar
sedikit cuka
garam / gula

Cara:

1. Masakkan semua bhn diatas dgn api sederhana hingga sos cili menjadi pekat.

Bahan sampingan:

timun, tomato, salad




(Lontong Goreng)



Bahan-bahan:

1 peket besar nasi himpit - dipotong dadu
1 mangkuk kecil isi ayam
1 labu bwg besar saiz sederhana - dibelah 4 n hiris nipis
2 ulas bwg putih - diracik halus
2 biji telur
carrot - dihiris memanjang
bunga kobis - hiris kasar
cili kisar
sos cili
sos tomato
sos tiram
kicap
sos ladaitam

Cara:

1. Tumiskan bwg besar n bwg putih hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap, sos ladaitam, garam/gula/serbuk perasa.
3. Kalau terlampau pekat, tambahkan sedikit air dan masukkan 2 biji telur yang telah dipecahkan td.
4. Masukkan nasi himpit serta sayur-sayuran. Gaul sebati dan agak kering, angkat.





N3 tertunggak.......

N3 ni dah lama tertunggak .. so rini disebabkan berkesempatan aku post kan kat sini..tp.. tnpa rcp yekk..sok klu sempat aku hupdate rcp n3 ni termasuk n3 yg lepas..okeh...

(Nasi Dagang - MIL)



(Lontong)



Bahan-bahan:

Nasi Impit - dipotong kiub
1 mangkuk ikan bilis - dikisar
1 mangkuk udang basah - dibuang kulit
1 mangkuk kacang panjang
4 keping tauhu
1 peket tempe
2 batang carrot
sayur fucuk & suun - direndam
Santan
Sedikit serbuk kunyit

Cara:

1. Masukkan santan, ikan bilis yang telah dikisar, carrot, kacang panjang ke dalam periuk. Masak atas api sederhana.
2. Menggelegak, masukkan bahan-bahan lain termasuk udang dan kacau. Biarkan didih seketika sebelum masukkan bahan perasa. Siap.

Bahan sampingan:

Sambal ikan bilis
Serunding


Nasi Lemak lagi.......

Kali ni aku wat nasi lemak sambal sotong kering...wehhh...sedap bangat ni...dah lama xmkn sambal sotong kering,,sesekali kena penangan, huh mau bertambah2 tp memandangkan aku tgh mengehadkan pengambilan nasi ni...terpaksa la tahan nafsu sket..huuhu... sapa nak beli mai2..


(ni part tuk isi perut aku n hubby..hubby bawa bekal p kije..)


(ni lak nasi lemak tuk anak2 aku...sedap lak bila nengok depa mkn cmni jekk..)


(bungkusan yg pertama...teruja x?? sedap oittt!!!)


(mai-mai..juai2...murah ja 50sen 1bungkus...sapa nak beli..juai2)



Nasi Goreng Tomyam (kak hana)



huhu..rcpnya??? ala korang p cari kat umah kak hana la ekk..ala kak hana nippon tu..hehe..cori ekk..sedap tau nasi goreng ni..anak2 pun suka mkn coz aku wat versi xberapa pedas..hihi






nasi ayam lagik...mai2 sedap ooo...klu kat kedai xleh tambah2 tp kat sini...huiyoo, leh tambah2 lg...aku ni klu mkn nasi ayam kat kedai, suka mntak ayam lebih..hahah, tamak tul kan?? bkn apa..kekadang tu ayam dia..alahai ciput tul..walau cmna pun sedap lg yg kita masak kan..kan... sup dia pun leh letak mcm2 bru la naik selera tu...haha..klu camni la slalu, xde maknanya nak turun berat aku..wakakah!!!











Set Nasi

Set Nasi Hujan Panas



(Nasi hujan panas ni masaknya cam nasi minyak biasa jekk cuma tambahkan colour pada last sesi menanak nasi tu...)




Rendang Daging

Bahan-bahan:
500g daging
15 cili kering*
20 bwg kecil*
1/2 halia*
1/2 lengkuas*
1/2 kunyit hidup*
1 cmca besar rempah kari daging
3 cwn santan
2 btg serai - dititik
2 helai daun kunyit - disiat-siat
3 cmca besar kerisik
1 keping asam gelugur

Cara:
1. Satukan daging, bahan-bahan kisar dan daun kunyit dan santan.
2. Biar samapai mendidih sebelum masukkan kerisik.
3. Rendang haruslah sentiasa dikacau supaya ia tidak melekat.
4. Biar sampai rendang kering dan naik minyak.




Ayam Dendeng (kak yatt)

Bahan-bahan:
Ayam - digoreng dgn sedikit mnyak
1/2 cwn cili kering*
5 bwg merah*
3 sudu besar gula melaka
4 sudu besar air asam jawa pekat
1 1/2 sudu besar kicap
12 ulas bwg merah - dijadikan bwg goreng

Cara:
1. Tumis bhn kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan gula melaka, kicap, asam jawa, garam.
3. Biar sampai kering dan naik minyak. Masuk ayam.
4. Tutup api dan masukkan bwg goreng.


(bhn * dikisar halus)


"Set Nasi Beriyani"

ni menu2 lepas...kali pertama aku wat nasi beriani dan lauk pauk dia..hahha..cam xcaya jekk..tapi nasi tu aku kukus..walau xterror mana tp alhamdulillah..licin semuanya..hehehe...so..chek it out!!

Nasi Beriani Kukus



Bahan-bahan:

5 gelas beras
5 gelas air
1 peket rempah beriani
3 bawang besar - hiris kisar
3cm halia - dikisar halus
2 kulit kayu manis
5 helai daun pandan
1/2 tin susu cair
sedikit pewarna kuning
2 sudu besar minyak masak + 2 sudu besar mentega

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak masak + mentega (aku jarang pakai minyak sapi)
2. Tumis bahan hiris/bahan kisar dan kulit kayu manis hingga naik bau
3. Masukkan daun pandan yg telah diikat
4. Masukkan rempah beriani dan susu cair serta perasakan dengan garam
5. Akhir masukkan beras yg telah ditoskan td dan gaul hingga sebati sebelum diangkat dan dituangkan ke dalam periuk pengukus yg telah dipanaskan td..
6. Bila nasi hampir masak, masukkan sedikit pewarna kuning. Sedia

Ayam Beriani



Bahan-bahan:
4 sudu besar rempah beriyani
1 cawan yogurt
3 sudu besar tomato puree
3 biji tomato - blend dgn 2 cwn air
3 cili merah - hiris
2 cili hijau - hiris
4 tangkai daun ketumbar

Bahan kisar:

5 bawang merah
3 bawang putih
3cm halia

Cara Penyediaan:

1. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan rempah beriani/ tomato puree/ tomato yg diblend - biar sampai agak pekat
3. Masukkan yogurt serta daun ketumabar dan ayam..Biar sampai ayam empuk dan kuah pekat
4. Last masukkan cili yg telah dihiris td.


Ayam Masak Madu



Bahan-bahan:

6 ketul ayam - digoreng
2 batang serai - diketuk
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
4 sudu besar sos cili
8 sudu besar madu

Bahan kisar:
1cm halia
1/2 bawang besar
8 cili kering

Cara Penyediaan:

1. Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang bersama serai hingga naik bau
2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau
3. Kemudian masukkan ayam serta sos cili/ madu
4. Biar seketika, gaul sebati. Sedia





dan yang terakhir..menu sampingan yang tidak mungkin dilupakan atau kata lain xlengkap la hidangan aku andai tiada menu ni...iaitu Jelatah Timun & Nenas dan Papadam.....



"Nasi ayam..."

Mai2 kita layan n3 nasi ayam ni..ni la nasi ayam aku yg pics dia xbrapa nak cantik..yo la aku amik gambo pakai hp yg cikai2 jekk...bab resepi lak..klu korg nak resepi yg detail, layari la http://resipidiana.blogspot.com wokeh..chek it out beb!!...





Ayam goreng madu



1 ekor ayam
3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan
air untuk rebus secukupnya
minyak untuk menumis
Untuk dikisar:
1 ibu jari halia
1 bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara untuk Ayam Goreng Madu:

Bersihkan ayam dan jangan dipotong biarkan ia seekor.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih.
Kemudian masukkan ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya.
Campurkan madu, sos tiram, kicap dan minyak bijan. Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. Perap untuk 1 - 2 jam.
Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam, minyak mestilah banyak. Goreng ayam hingga kulitnya garing. Jangan goreng ayam terlalu lama sekadar untuk garingkan kulitnya. Angkat dan toskan minyaknya.
Itulah rahsia ayam yang isinya lembut didalam dan mendapat kulit yang garing.


Ayam goreng ketumbar



1 ekor ayam, dipotong kecil
2 sudu makan pes halia
2 sudu makan pes bawang putih
2 sudu makan serbuk ketumbar
1/2 sudu makan serbuk jintan halus
kunyit serbuk secukupnya
garam secukup rasa

Cara untuk Ayam Goreng Ketumbar:

Gaul kesemua bahan-bahan diatas dan goreng ayam sehingg garing.


* sori la kak D..resepinya saya cuma cut n paste jekk dri blog akak..jgn marah!!