i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!
Showing posts with label Breakfast. Show all posts
Showing posts with label Breakfast. Show all posts

Jagung..oo...jagung

Ni n3 yg tertunggak..xsmpat nk postkn n3 ni sbb last week lappy buat hal..ni pun xbrapa nk sembuh elok..so tanpa lengahkan masa jom kita pakat ramai2 tgk cucuq favorite ramai ni...


Cucur Jagung

Bahan:

Tepung gandum
Jagung
Kucai
Telur
Cili merah
Air
Garam

* Satukan semua bahan dan gaul sebati. Panaskan minyak, goreng hingga garing. Siap!!

~LINDA~

Roti goreng..panas2..tp dah basi..ekekeke


Roti Sandwich Goreng
Sumber: hakak HASUE tp amik kat MYR



Bahan-bahan:

8 keping roti
Serikaya (ceq wat 2 pilihan: kaya & tuna chilli)
2 cawan Tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sm Marjerin
1 sudu kecil garam dan gula (gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
Sedikit pewarna kuning (kehabisan stok..)

Cara-cara:

1. Di dlm bekas, satukan tepung bersama marjerin, garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng) warnakan kuning dan ketepikan. (xletak pewarna sbb dah abis stok)

2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.

3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.

4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan.

Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)



psstt...kak HASUE..jgn marah tau..ceq copy & paste dari MYR ..heheh..thanks ya 4 da best rcp..mmg suma suka..we like it!!

My breakfast pg td....

Kelmarin aku sempat la p dok merayap kat blog2 rcp ni..sekali ternmpak la plak kat blog akak watie dia wat nasi lemak ijo..huhu..ijonya tu menarik tul perhatian aku..so, dikala subuh pagi lagi aku dah bgn bertungkus-lumus kat dapo pujaan ku itew..hhehe..akhirnya..ni lah dia bekal tuk aku, hubby n adik aku ke opis serta utk ank2 aku n family MIL "NASI LEMAK PANDAN + SAMBAL UDANG.. =)

Rcp dia nnt aku hupdate ekk sbb aku amik dari umh kak hana....





Bahan-bahan:

Beras
Air pandan secukupnyer (blend daun pandan dan tapis)
Santan pekat
Garam
Halba
Halia
Daun Pandan - simpul
Pandan emulco@pewarna ijo + sedikit air (utk renjis)
Cara-cara:

1. Basuh beras bersih. Campurkan santan pekat dan juga air pandan mengikut sukatan beras.
2. Masukkan skali garam, halba, halia dan juga daun pandan. Jika kaler ijo kurang menarik, bleh tmbh ngan sedikit pandan emulco@pewarna ijo yer!
3. Masukkan rice cooker dan masak hingga beberapa minit nk tanak.
4. Lagi beberapa minit nk tanak tuh, ambil sedikit pandan emulco@pewarna ijau. Campurkan dengan sedikit air (kaler ijo yg ni bior lg pekat dr warna nasik td yer) dan renjis2kan ke atas nasik. jgn gaul dulu. tutup smula periuk dan tanak hingga masak.
5. Dah masak baru gaulkan. so nmpk la nasi lemak anda warna ijo yg cantik! heeeee... Slamat mencube!! :)
Hakak hana......linda C&P yekk..tens ya 4 da rcp mmg sodap.....

Sedap wehhhh....slama ni aku juz wat nasi lemak biasa n nasi lemak kuning..4 dis time aku try yg ni..mmg hubby aku bg thumbs up la 4 dis menu...suke~~

Breakfast.....

Egg Bennedict



Bahan-bahan:

2 biji telur
2 keping roti
lada itam@ lada sulah
butter
garam

Cara:

1. Butterkan bekas muffin.
2. Letakkan roti dalam bekas muffin. Butterkan roti, tabur sedikit lada itam dan garam. Sebelum letak telur, tekan dasar roti dan buat bulatan.
3. Pecah sebiji telur atas roti. Tabur lagi sedikit garam dan lada itam. Bakar 180darjah (15-20min).

Boleh tambah Cheese jika suka.

psst...sila abaikan rupa bentuk, yang penting!! sedap gitu...



Nasi Goreng Udang (versi anak-anak)



Bahan-bahan:

3 ulas bwg putih - dihiris halus
1 mangkuk sayur campur
1 mangkuk udang sederhana
nasi lebihan semalam
1 cili merah - dipotong serong
1 cili hijau - dipotong serong
sedikit serbuk lada putih/hitam

Cara:

1. Tumiskan bwg putih hingga naik bau.
2. Masukkan udang dan sayur campur. Goreng seketika.
3. Kemudian, masukkan pula garam bersama-sama cili yang telah dipotong.
4. Last, masukkan nasi dan serbula lada. Siap.






Nasi Lemak



Bahan -bahan:

4 cawan beras
2 cawan santan
3 helai daun pandan
garam secukupnya

Cara:

1. Masukan semua bahan dlam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
2. Bila nampak nasi kering, kacau rata dan tutup semula tudung.


(Klu nak dptkan hasil nasi lemak yg jenis berderai..sukatan air tu jgn terlalu lebih n jgn terlalu kurang...InsyaAllah!!)

Bahan Sambal:

ikan bilis - goreng sekejap jgn sampai garing
2 senduk cili kering mesin
3 labu bawang besar - dimesin
sedikit air asam jawa
2 labu bawang besar - mayang kasar
garam
gula
minyak untuk tumis

Cara:

1. Tumiskan bahan yg dimesin sehingga wangi.
2. Masukkan air asam , ikan bilis, garam, gula dan bawang besar.
3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendidih dan pekat dengan api perlahan.
4. Bila dah naik minyak baru angkat.









Kuih Lopes (resepi dari tulip77@myr)



Bahan-bahan:

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
*** air gula ***
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air


Cara:

1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.

2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
*** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.




pssstt..aku c&p jekk...pd tuan pnya resepi..jgn mrh ekk!!..tens sbb sedap sgt, hubby n anak2 suka sgt!!