i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!
Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Berbuka puasa with ....

Sticky Caramel Chicken Wings
SOURCE: HAKAK UMMI


Bahan:-
  • 12 keping kepak ayam (kerat 2 jadi 24)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali
  • 1 sudu besar halia cincang
  • 1 1/2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan (60 ml) madu

Cara:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang putih, halia dan chicken wings. Kacau dan goreng selama 5 minit.
  2. Masukkan kesemua sos. Kacau sekejap. Tutup kulai dan kacau sekali-sekala selama 15 minit atau hingga semua wings masak dan berwarna keemasan (bersalut dgn sos).
  3. NOTA: Bila dah masuk madu, sos akak berbuih. Ia akan kelihatan mcam hangus sedikit akhirnya. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings, ia akan jadi sticky dan caramelized mcm barbeque chicken tuh.


Psssttt...kak ummi, linda minta izin C&P kat sini lak ye...thanks ya, sbb sudi share rcp yg best ni :)) i like~~

* Lupa lak...korang sila abaikan minyak ye~~maklumlah ceq smpai umh kui 8.30mlm baru nk godek2 masak utk bukak posa..hubby suwuh tapau kat kedai je, tp xtau nk mkn apa..at last ni la menu tuk bukak posa smlm..Alhamdulillah!!



Tgk dah ramai yg dah cuba, n feedbck suma ckp best n sedap..so, ceq wanna 2 try dis rcp from Kak Love but C&P dari umah Kak Nor Ganu..ngeh2..4 both of u..really tens coz sudi share rcp ni n 4 Kak Love, nnt create new rcp 4 aym lg ekk...hahaha..suke2..rasa cam lg crispy then kfc..hahah

Yogurt Fried Chicken
Sumber: Kak Nor
Asal: Kak Love


Bahan-bahan
  • Bahan (A)
  • 1 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong. Toskan air berlebihan. Pastikan isi ayam betul2 kering.
  • 1 cwn/250ml plain yogurt
  • 6 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
  • 2 inci halia ~ ditumbuk halus
  • 1 sb serbuk paprika
  • 1 sb serbuk cayenne- ltk serbuk kari
  • garam secukup rasa
  • 2 tangkai daun kari
  • Bahan (B)
  • 1.5 cwn tepung gandum (boleh tambah sedikit tepung beras bersama)
  • 1 sk baking powder
  • 1 sb serbuk paprika
  • 1 sb serbuk cayenne- pon ltk kari
  • secubit garam
  • -------------------------
  • jus lemon (optional)
  • minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Gaul sebati semua Bahan (A) dlm sebuah mangkuk. Biarkan perapan selama 2-3 jam (lagi bagus kalau semalaman).- hana buh skali jus lemon ngan bhn A tuh.
  2. Dlm sebuah mangkuk yang lain, gaul bahan (B). (boleh juga menggunakan ziplock plastic bag)
  3. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak betul2 panas...tapi tidak berasap.
  4. Salutkan ayam dgn tepung dan gorengkan hingga masak. (jika menggunakan ziplock bag, masukkan bahan (B) dlm bag, diikuti dgn ketulan ayam yang telah diperap. Zip dan goncang).
  5. Apabila ayam dah masak, angkat dan toskan minyak berlebihan.
  6. Perahkan sedikit jus lemon ke atas ayam yang telah digoreng. Sedia dihidang! ;)
  7. * penggunaan paprika dan cayenne boleh dikurang/ditambah ikut citarasa


Sedap wehhh...kena lak bila dah disiram ngan jus lemon..mmg terangkat arr!!

Feveret my Kids...

Ayam Black Pepper
Sumber: Kak Hanieliza



Bahan-bahan
500 gm isi ayam
300 gm brokoli [potong kecil]
2 biji tomato [belah 4]
1 biji lada capsicum [hiriskan]
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung ] bancuh 1/2 cawan air ]
2 sudu besar lada hitam [tumbuk]
3 sudu besar minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan Tumis [mayangkan/hiriskan]

5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar
Cara membuat
1. Isi ayam potong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
3. Masukkan ayam dan brokoli dan gorengkan sehingga masak/lembut.
4. Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat dan sos tiram.
5. Masakkan sehingga pekat dan masukkan tomato dan kapsicum.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.



Tens ya kak Liza...ceq C&P jekk rcp ni...hehhe, bhn2 aku byk yg xcukup so main hentam je la aku juz add ubi kentang n tauhu...but sedap gak wehh...hikhik

Rendang Nogori di pagi RAYA

(Rendang Nogori = sumber kak diana)



RENDANG AYAM NOGORI
Sumber: MD (FRD)

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam (potonglah ikut suke)
2 inci lengkuas (klu takde halia pun boleh)
2 inci kunyit hidup (klu takde guna kunyit serbuk je)
5 biji cili padi (klu nak pedas leh tambah lg) ~ lebihkan
1 batang serai dititik ~ aku wat 2btg
1 helai daun kunyit
1 cawan santan
2 sudu besar kerisik

Cara-caranya:

Mula-mula kisar cili padi, kunyit hidup, lengkuas hingga hancur, kemudian curah dlm periuk bersama serai tadi, biar agak mendidih baru masukkan ayam, bila air ayam agak kering masukkan santan dan kerisik, biarkan kuah menggelegak dan dan pecah minyak kacau selalu, sesuaikan rasa, akhir sekali masukkan daun kunyit yg telah dimayang halus. ok siap untuk dihidangkan. amat sesuai dimakan bersama nasi impit atau dijadikan lauk utama.




(pssst...tens ya 4 da rcp... =))


pesttime.......

(Ayam Pandan rcp CMG)



BAHAN-BAHANNYA:
400 g daging ayam bahagian dada
18 - 20 helai daun pandan yang BESAR
Lidi penyucuk secukupnya
Minyak untuk menggoreng terendam
BAHAN PEMERAP:

1 camca besar cincangan bawang putih
1/2 camca besar cincangan halia
2 camca besar santan
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap pekat
1 camca teh minyak bijan
2 camca teh gula
2 camca teh serbuk lada sulah

CARA MEMBUATNYA:

1. Cuci daging ayam, potong kiub 1 x 1 inci dan gaul bersama bahan2 perap dan perap dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam.
2. Kemudian keluarkan ayam dan bungkus menggunakan daun pandan. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dan goreng hingga masak (goreng 5 - 6 bungkus sekali), kurang lebih 4 - 5 minit.
4. Angkat, toskan dan letak atas paper towel dan biar minyaknya terserap. Buat hingga siap.

note: pssst CMG linda copy & paste yekk..malas arr nak key-in blik...n linda xpakai lidi sbb balut ayam tu lebih kurang cam balut ketupat..hehhe...sedap!! tens ya CMG :))


(Hati & Kentang Masak Jintan)



Bahan-bahan:
1 mangkuk hati ayam
2 biji ubi kentang - digoreng
1 labu bwg besar - dipotong bulat
2 ulas bwg putih - hiris
1 cili merah - dipotong serong
1/2 inci halia - dihiris memanjang
2 sudu mkn jintan
1 sudu mkn serbuk paprika
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk cili kasar
Cara:
1. Tumis bwg besar, bwg putih, halia, cili merah hingga agak layu.
2. Masukkan hati ayam dan biar seketika hingga air kering.
3. Masukkan kentang bersama2 dgn serbuk paprika, serbuk kunyit, serbuk cili kasar dan jintan. Perasakan.
4. Gaul sebati dan biar hingga kuah agak pekat sebelum dihidang.


(Ayam Masak Merah)



Bahan-bahan:
15 ketul ayam - digoreng
2 Bwg besar *
2 ulas bwg putih *
2 inci halia *
20 cili kering *
1 biji tomato *

bhn * dikisar halus
2 btg serai - diketuk
sos cili
sos tomato
1/2 tin kecil kacang peas
1 labu bwg besar - dipotong bulat
Cara:
1. Tumiskan serai hingga naik bau dan agak kekuningan. Kemudian, masukkan bahan yg telah dikisar dan perlahankan api. Biar hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos cili dan sos tomato gaul seketika. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
3. Masukkan ayam yg telah digoreng terlebih dahulu bersama bwg dan kacang peas.
4. Gaul sebati biarkan seketika sebelum api ditutup.



Ayam Golek Lada Hitam
Sumber: Buku resepi ayam - Kak Hanieliza




pssst...rcp sok aku hupdate sbb ri ni nak masuk gambo dolu...nak hupdate skali ngan rcp tuk yg lama2 tu...heheh

Mencuba......

Ayam Masak Merah & Ikan Siakap Tiga Rasa Sumber: Buku Kak Hanieliza




psstt...rcp akan dihupdate n3 akan dtg ekk...xsempat la, da hal ni!


Ni rcp dari kak Jun...mmg sedap la..hubby kata da rasa cam rendang sket2...but mmg sedap la kak..masak pun senang jek..then aku masakkan menu len tuk anak aku...layanzzzz....(kak, c&p ye rcp tu...)

Ayam Masak Kelantan



Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dipotong lapan)
2 cawan pati santan
1 batang serai ] dihiris
4 helai daun kunyit]
2.5 sm halia ]ditumbuk
10 biji cili merah ]
20 ulas bawang merah ] ditumbuk
5 ulas bawang putih ]
2 sudu besar minyak masak
Sedikit garam

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk bersama bahan hiris. Masukkan ayam yang telah digaulkan dengan sedikit garam dan gula. Tuangkan pati santan, masak hingga mendidih. Masukkan daun kunyit dan masak hingga pekat.



ni menu tuk anak-anakku...bery da simple n da sedap one..coz just goreng ngan bwg putih n sos tiramm...tp nama je menu tuk anak2, mak ngan bapak anak pun bedal gak..hikhik...

Ayam Blackpepper



Bahan-bahan:

6 ketul Ayam - potong kecil
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan 1 cwn air
2 sudu besar lada hitam - tumbuk
3 sudu besar minyak
garam

Bahan-bahan hiris:

5 bawang merah
2 bawang putih
1 bawang besar

Bahan Hiasan: 2 tangkai daun bawang

Cara:

1. Panaskan minyak. Tumis bahan hiris hingga kekuningan.
2. Kemudian, masukkan ayam, gaul rata.
3. Masukkan bancuhan tepung, kicap dan lada hitam. Masak hingga pekat.

sapa punya rcp ni....sila angkat tgn....heheh..juz nak say thnks bery much... :)



Mamak mari.........

Ayam Kandar @ Daging Kandar (Kak Asma)



Bahan-bahan:

1/2 kg daging (potong, rebus, simpan air rebusan) - daging xdo tuka ayam..sedap gak
6 ulas bwg putih/1 inci halia (blend)
2 sudu besar kicap pekat (maggi)
2 sudu besar sos tomato*
2 sudu besar sos cili*
2 paket serbuk kari daging babas (1 1/2pn boleh)*
* gaulkan bersama
1 labu bawang besar mayang,
1 ulas bawang putih mayang,
kulit kayu manis,
bunga lawang
daun kari

Cara-cara:

1. tumiskan bawang besar, k.kayu manis, dan bunga lawang. daun kari
2. masukkan bwg putih dan halia..
3. masukkan campuran rempah
4. masukkan daging dan airnya.
5. masukkan garam, perasa masak hingga pekat..sesuai makan ngan nasi atau roti

psstt..kakasma...thanks ya 4 da rcp..memang hingga menjilat jari la...mcm mkn kat kedai mamak jekk...huhu...ceq ni mmg peminat setia kandaq-kandaq ni..sok blik kg nak masak kat ayah lak...sbb dia pun sama cam aku, xjemu makan nasi kandaq..heheh



(Ayam Seribu Rasa)



Bahan:-

• 1 ekor ayam (sederhana besar, potong ikut suka)
• 1 mangkuk kecil air
• 4 sudu besar minyak masak
• 3 sudu besar kicap manis
• 4 sudu besar sos tiram
• 3 sudu besar sos tomato
• 2 sudu besar jus oren
• 2 sudu kecil lada hitam - tumbuk
• 1 sudu besar badam - tumbuk
• 1 inci belacan
• sedikit garam
• serbuk perasa (*ummi letak gula sedikit)

Bahan-Bahan Kisar:-
• 1 inci halia
• 4 biji bawang merah
• 4 ulas bawang putih
• 10 tangkai cili kering


Cara Memasak:-
Ayam dipotong dan dibersihkan. Perap ayam selama 2 jam dengan kicap, sos tiram, sos tomato, garam dan jus oren. Masukkan juga lada hitam dan buah badam yang telah ditumbuk tadi. (lagi lama perap lagi bagus). Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan bealcan dan sedikit garam lagi serta serbuk perasa. Masukkan air. Biarkan mendidih dan masukkan ayam yang telah diperap tadi. Gaul rata dan kacau seketika. Biarkan ayam masak dan kuah agak kering. Angkat.




psst...sedap gak rcp ni...lain dari yang lain..huhu...aku c&p dari blog akak ummi...thnks kak!!



(Chicken Teriyanki)
di c&p dari umah kak rinnchan...thanks kak..sedap!!



CHICKEN TERIYAKI
Sumber asal : Japanesefood.com

Bahan-bahan:
5 potong dada ayam atau peha ayam
3 tbsp madu
4 tbsp kicap manis
1 tbsp sugar
3 inci halia, diparut
3 biji bawang putih, diparut
1 tsp garam halus

Cara-cara :
1. Gaul semua bahan dan perap lebihkurang sejam di dalam petisejuk.
2. Panaskan non-stick pan dan panggang. Tutup kuali, sesekali buka dan terbalikkan ayam.
3. Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat.



pssst...aku wat 2 versi 4 this rcp..bakar n goreng...anak aku smpai beulang2 mkn..meratah le kojenye...hihi..suke..suke...thanks kat tuan pnya rcp ya!!

Sup Ayam

Sup Ayam versi Linda



Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - potong sederhana kecil
2 biji ubi kentang - belah 4
1 mangkuk kobis
1 btg carrot
1 biji tomato - belah 4
1 kiub pati ikan bilis
1 mangkuk hirisan daun bwg/ daun sup
6 biji bwg merah - dihiris

Cara:

1. Rebuskan ayam bersama kentang dan carrot. Biar agak empuk.
2. Masukkan kobis dan kiub pati ikan bilis serta garam. Biar didih.
3. Panaskan minyak dlm kuali berlainan, dan goreng hirisan bwg merah hingga kekuningan. (minyak jgn terlalu banyak)
4. Sendukkan bwg goreng (bersama minyak) dan curahkan ke dlm periuk sup. Taburkan dengan daun bwg serta daun sup.








Set Nasi

Set Nasi Hujan Panas



(Nasi hujan panas ni masaknya cam nasi minyak biasa jekk cuma tambahkan colour pada last sesi menanak nasi tu...)




Rendang Daging

Bahan-bahan:
500g daging
15 cili kering*
20 bwg kecil*
1/2 halia*
1/2 lengkuas*
1/2 kunyit hidup*
1 cmca besar rempah kari daging
3 cwn santan
2 btg serai - dititik
2 helai daun kunyit - disiat-siat
3 cmca besar kerisik
1 keping asam gelugur

Cara:
1. Satukan daging, bahan-bahan kisar dan daun kunyit dan santan.
2. Biar samapai mendidih sebelum masukkan kerisik.
3. Rendang haruslah sentiasa dikacau supaya ia tidak melekat.
4. Biar sampai rendang kering dan naik minyak.




Ayam Dendeng (kak yatt)

Bahan-bahan:
Ayam - digoreng dgn sedikit mnyak
1/2 cwn cili kering*
5 bwg merah*
3 sudu besar gula melaka
4 sudu besar air asam jawa pekat
1 1/2 sudu besar kicap
12 ulas bwg merah - dijadikan bwg goreng

Cara:
1. Tumis bhn kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan gula melaka, kicap, asam jawa, garam.
3. Biar sampai kering dan naik minyak. Masuk ayam.
4. Tutup api dan masukkan bwg goreng.


(bhn * dikisar halus)


balik keje ptg semalam aku xtau nak masak apa..ingat nak tapau tp bosan lak..kang xtau nak mkn apa..dlm dok pikir2 tu sedar2 aku dah smpai umah mak mertua aku..rutin harian, amik hero2 aku la..pastu laki aku suwuh masak la..dia kata tingin nak mkn rendang lak...huhuh..naya aku!!waaaa...bru nak relaks kejap dah kena masak..mcm2 la hubby aku ni..tp syg punya pasai ... no hal la...hehehhe Add Image


aku xtau nak masak rendang apa..tp bila bukak esbox tgk da ayam ngan ikan tongsan jekk..hmm..masak rendang ayam je la..janji rendang..ntah camna time nak masak tu aku tringat yg aku da catit resepi rendang ayam yg bg aku resepi dia simple sgt..aku pun xingat kat blog mana resepi ni aku dpt..so klu sapa2 yg tertengok n terasa yg resepi kat bwh tu dia punya..aku ucap thanks bebanyak sbb..resepi kau mmg marvelous n simple.. akhirnya aku set wat rendang ayam n ikan tongsan tu aku goreng jekk tu anak2 aku..

Rendang Ayam

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
2 btg serai - diketuk
1 helai daun kunyit - diracik halus
3 biji - santan

Bahan mesin:

15 tangkai cili kering
10 bwg merah
5 bwg putih
5cm halia
8cm lengkuas
15 cili padi - suka pedas tmbh la sendiri
20 biji lada hitam

Cara memasak...sama la cam masak rendang yg len...ke ada org masak rendang cara len?? xplain sket.....