i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!
Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Hidngan Tengahari...masak lemak + sambal

Masak lemak yg diambil dari umh kak DayangJack...mmg sedap..n dh jd peberet seisi rumah dah.... jom tgk...kak Dayang, lind minta izin C&P kt sini ekk....mekasih!!


Tongsan Masak Lemak Merah Berlengkuas
Sumber: Kak DayangJack

bahan-bahan :

4 ekor ikan kerisi (dibersihkan) - linda tuko pd ikan tongsan
2 batang serai
2 keping asam gelugur
santan secukupnya
1 kiub pati ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
hirisan daun kunyit - optional

bahan-bahan kisar :

3 biji cili merah (dibuang biji)
4 biji cili padi
1 cm kunyit hidup
1 labu bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci halia

Cara-cara :

Tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga wangi.
Masukkan sedikit air, ikan, kiub ikan bilis dan dikuti santan. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih.
Masukkan garam, gula, asam gelugur dan daun kunyit (jika suka). Kacau lagi hingga mesra.
Hidangkan panas-panas sesudah masak.



(Makan masak lemak ikan dgn diiringi smbal sotong...)


~LINDA~

Pari ooo Pari


As'salam & Gud monink!!!

Hari ni xmo celoteh panjang2 sbb ada keje nk kena buat ni..so korang layan je la menu ni yekk... Take care & have a nice day!!

Gulai Ikan Pari


Bahan-bahan:

Ikan pari
Santan - 1 biji kelapa
2 peket kecil rempah kari ikan
1 cmca besar serbuk cili
sedikit air asam jawa
Timun

(Dikisar)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

(Utk tumis)
4 biji bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1 camca teh halba campur
2 tangkai daun kari

Cara:

1. Ikan pari diperap dengan sedikit garam dan jus limau nipis - kemudian cuci bersih

2. Tumis bahan tumis hingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak.

3. Masukkan air asam jawa biar hingga mendidih, masukkan ikan. Masukkan timun. Biar seketika.

4. Masukkan santan, garam dan serbuk perasa (serbuk perasa xletak pun xpe..). Masak sekejap sebelum ttp api. Sedia.


Selamat Menjamu Selera~~


Bersiaran kembali!!!


As'salam...

Hurmm..agak lama jugak rumah ni sunyi kan..pyh skit nk update skrg ni tambh2 `dak paling kocik kat umh tu xleh nk tgk ibu dia senang-lenang, ada jekk cara nk bg ibu asyik dok berdamping ngan dia..nasib kecik g..hihihi...dlm kesibukan masa tu ada juga la masa2 terluang utk memenuhi selera ahli keluarga..antaranya:

Ikan Siakap 3Rasa (ikut stok yg ada kat umh)



Tomyan Ekor (permintaan hubby)


psstt..rcp??? xpyh la kan msk biasa2 ja yg korang suma lg expert dari ceq ni ha..

Best.......

RESIPI IKAN SIAKAP GORENG TIGA RASA
Cedok dari Kak Inahar
RCP asal - Kak Norzailina Nordin



Bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap - ni kita goreng dgn tepung berempah segera jek!

Bahan Cincang Halus:-

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-

  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-

  • 2 camb cili kisar
  • 1 camb sos tomato
  • 2 camb sos plum
  • 2 camb gula pasir
  • 2 camb sos cili
  • 1 camb jus limau nipis
  • 1 camt kicap manis
Cara Memasak:-
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hingga ikan masak. (kita goreng je ikan siakap td dgn tepung berempah ye! ~ ceq ikut step kak inahar..jgn marah)
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan(guna air biasa je sbb x kukus ikan) dan garam serta gula.
  7. Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.



pssstt.... kak inahar linda C&P sebijik2 tau dari umah akak xde edit2 punya..hikhik..huhu, malas nak salin lor..tens very much sbb sudi share rcp yg best ni..mmg sedap arr, thumbs up 4 dis rcp..

Bila my sis jdk cheff ii

(Ikan Masak apa pun xtau...)



aku xtau nk bg nama apa tp adik aku kata ni ikan masak sweet sour..but aku tgk bhn dia cuma bwg, bwg putih, halia n then bubuh sos cili & sos tiram...terus siap..tu yg wat aku heran tu..msk camtu jekk tp mmg sedap la plak..ngan ikan tu garing, isk..isk..mmg marvellous la... agak2 korang nama rcp ni apa ekk??...




(Ikan siakap 3rasa versi campak2)



Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap - digoreng terlebih dahulu

10 cili padi - hiris halus
2 cili merah - hiris nipis
2 bwg putih - diketuk
1 labu bwg besar - potong dadu
1 tangkai daun limau purut - hiris halus
cili kisar
sos tiram
sos cili
sos tomato

Cara:

1. Tumis bwg besar, bwg putih, cili padi, cili merah hingga agak layu.
2. Masukkan cili kisar, sos tiram, sos cili dan sos tomato serta bhn2 perasa.
3. Biar kuah agak pekat sebelum dimasukkan daun limau purut.
4. Dah pekat..tutup api n curahkan kuah ke atas ikan...


Sedap tau!!

Ikan Goreng Asam (Kak Hasue)



Bahan2:

1 ekor ikan tongkol segar sederhana besar-potong2 dan cuci bersih
1-2 sudu makan asam jawa
1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap
Serbuk perasa-tak letak pun takpe
1-2 batang serai-diketuk (utk aroma serai-tak letak pun takpe)
1 cawan minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Lumurkan asam jawa pada keseluruhan isi ikan dan gaulkan kesemua bahan lain bersama ikan kecuali minyak masak.
2. Rasa sedikit dengan hujung jari,harus terasa garamnya sebelum diperap.Perap sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng
3. Jangan goreng ikan terlalu lama kerana isi ikan tongkol yang garing rasanya agak kering..




psst... kak hasue, ceq c&p je la rcp ni..thanks 4 sharing the best rcp...i like!!

Mencuba......

Ayam Masak Merah & Ikan Siakap Tiga Rasa Sumber: Buku Kak Hanieliza




psstt...rcp akan dihupdate n3 akan dtg ekk...xsempat la, da hal ni!


Lauk org malas........

Ikan Masak Kicap....very da simple n cepat..sapa pun tau wat kan..so xyah la aku buh rcp dia..korang cuma layan gambo je la ekk...simple2 ni la yg sedap kan...



psstt...aku cuma add sos tiram n black pepper sket...mkn ngan nasi panas2 huyoooooo... terangkat!!...sabo2 seb bek aku tgh diet klu x...hehehe...






Sambal lagi...

Sambal Tumis Ikan Bilis & Petai



xtau la kan.. kenapa aku suke sgt ratah sambal ikan bilis cenggini.. memandangkan aku hadkan nasi...aku meratah je la lauk2 ni...tp yg xbest tu sedar2 ikan bilis dia jekk yg abis petai dok berendam lg dlm mangkuk tu...nak harapkan hubby aku...dia pun cuma mkn ikan bilis jekk... sayang...sayang...satu pembaziran ...tp, xkan nak paksa diri jugak kan...hmmm... walau apapun dis sambal mmg sedap...kena plak ngan ikan tenggiri masam kan...tu la yg aku masak tuk lunch smlm... cuma aku jekk..kena tahan nafsu...sabar2!!...hihii







Ikan Patin Stim (kak nor tgganu)



Bahan:

1 ekor ikan patin sederhana besar (boleh guna ikan lain spt siakap, kerapu atau bawal)
2 biji limau nipis
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 in halia muda
1 biji mangga muda (guna 2 biji kalau buah kecik)
5 biji cili api ~ diketuk biar pecah2
2 sudu besar sos tiram
garam dan gula secukup rasa
air

Cara2

Bersihkan ikan dan perap dgn air limau nipis dan sedikit garam. Perap sebentar, lepas tu bilas dan toskan.
Potong bawang besar, halia muda dan mangga muda

Masukkan ikan ke dalam mangkuk tahan panas, dan taburkan bawang putih, bawang besar, halia, mangga dan cili api.Bancuh sos tiram, garam dan sedikit gula dgn 1 cawan air. Sukatan air ni terpulanglah, kalau nak berkuah, lebihkan ya..

Curah bancuhan tu keatas ikan dan kukuslah sehingga ikan tersebut masak, lebih kurang 20 min.Biasanya kalau mata ikan tu tersembul keluar bermakna ikan tu dah masak.Lauk ni sedap dimakan panas2..

psst..xdinafikan mmg sedap la..dah lama dah dok simpan jekk rcp ni, kebetulan ada stok ikan patin dlm esbox, tu yg aku wat tu..wehh..wat k.nor..resepi mu ini sgt sedap..suke..sihat tul menu2 ni..so, aku nak syorkan pada sesapa yg sesekali ingin bertukar kpd menu yg sihat..nah ini dia rcpnya...jgn xbuat tau..mmg xnyesal la..(bg aku la..) .. hihi...



Sambal Ikan



Antara menu-menu mggu lepas...simple n mudah!!




Ikan Masak Benggala (CMG)


BAHAN-BAHANNYA :-)

1 ekor ikan kerisi - aku guna ikan tongsan..hahah
2 - 3 biji bawang besar, dihiris (kalau bawang tu besar gedabak, guna 1 pun dah ok)
1/2 cawan jus asam jawa
3 - 4 cawan air atau secukupnya
1 cekak daun ketumbar
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
Sayur bendi dan terung secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
2 camca besar cili kisar*
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih*
1 camca besar lada hitam biji*
1 camca teh jintan manis*
1 camca teh serbuk kunyit*


(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Siang ikan, buang sisiknya dan potong ikut suka, cuci bersih dan perap dengan jus lemon dan sedikit garam selama 10 minit, cuci kembali dan toskan, (mat guna kepingan ikan tenggiri, jadi cuci bersih dan toskan saja). Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang besar hingga layu dan masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing dan harum.
3. Tuang sedikit air dan masukkan daun ketumbar, kacau dan biar sebentar 1 - 2 minit.
4. Kemudian masukkan air, kacau rata dan bila mendidih, masukkan ikan dan sayur bendi/terung.
5. Kemudian tuangkan jus asam jawa secukupnya, tambah garam dan sedikit gula (jika suka).
6. Masak hingga mendidih.Akhir sekali masukkan tomato dan rasa, jika ok boleh matikan api.
7. Taburkan lagi sedikit hirisan daun ketumbar dan bawang goreng, jika suka



pssttt...cik mat...ceq c&p je la ekk..mlas tu nak key-in..heheh...cedap bangat!!










Sardin Masak Sambal Kicap



Bahan-bahan:

1 tin sardin cap ayam - ditos dan digoreng
10 cili kering - digoreng *
1 labu bawang besar*
1 inci halia - dihiris nipis
1 cili hijau - dipotong serong
1 labu bawang besar - dipotong bulat
kicap

Cara:

1. Kisar halus bahan2 bertanda *.
2. Panaskan minyak lebihan gorengan cili td dan tumiskan bahan kisar bersama halia hingga naik bau.
3. Agak garing, masukkan kicap. Masukkan pula ikan sardin yg telah digoreng terlebih dahulu.
4. Last, masukkan bwg serta cili hijau. Siap.




Ikan Siakap (main campak2)



Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap - disalut tpung jgung - goreng
1/2 labu bwg holland - didadu
8 cili padi - dipotong kecil2
2 btg serai - dihiris halus
sedikit sos tiram
sedikit sos tomato
sedikit sos cili
sedikit kicap cair
sedikit pea tomyam

Cara:

1. Tumiskan bwg, cili, serai hingga garing.
2. Masukkan semua jenis sos dan biar hingga agak pekat. Tutup api.
3. Letakkan ikan di atas pinggan dan tuangkan sos td ke atas ikan.



psssttt...aku xtau nak masak pa..hahah..so aku bantai jela dgn segala jenis bhn2 yg ada dlm esbox tu...heheh...walau men cmpak2 sedap gak...bg tekak aku la....