i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!
Showing posts with label Hi-tea. Show all posts
Showing posts with label Hi-tea. Show all posts

Jagung..oo...jagung

Ni n3 yg tertunggak..xsmpat nk postkn n3 ni sbb last week lappy buat hal..ni pun xbrapa nk sembuh elok..so tanpa lengahkan masa jom kita pakat ramai2 tgk cucuq favorite ramai ni...


Cucur Jagung

Bahan:

Tepung gandum
Jagung
Kucai
Telur
Cili merah
Air
Garam

* Satukan semua bahan dan gaul sebati. Panaskan minyak, goreng hingga garing. Siap!!

~LINDA~

Comei x??

Kuih Seri Muka
Sumber: Kak Am-flora
Rcp Asal: Akak Yatiezaini



Bahan-bahan (bahagian atas .... anggaran dlm 40biji )
5 sb tepung gandum (penuh2)
1 sb tepung jagung / tepung ubi (penuh2)
2 biji telur (dipukul)
2 1/2 cawan santan
5 sb gula pasir
sedikit garam, esen vanila dan pewarna hijau

Bahagian bawah

1 cawan beras pulut
(dibersihkan dan direndamkan bersama 1 cawan santan cair + sedikit garam selama 30minit)
Bekas acuan lompang (size ikut suka.. saya gunakan yg paling kecil)

Cara-cara
Panaskan kukusan .... kemudian sediakan bahagian bawah dulu.. masukkan 1/2 sudu kecil beras pulut kedlm acuan lompang bersama dgn sedikit santan.. santan hendaklah menutupi paras pulut.. tidak mahu terlalu banyak santan nanti pulut akan menjadi terlalu lembik & dikukus

Sementara pulut dikukus.. sediakan bahagian atas pula..
Satukan bahan 1 - 4 .. kacau dan di tapis agar tidak berketul..kemudian masukan gula ,garam,pewarna + esen
adunan dimasakn sekejap diatas api perlahan.. kacau sentiasa supaya tidak berketul / berbiji2...
Kemudian blhlah dimasukn adunan ke dlm acuan pulut .. (letakan keatas pulut) dan dikukus lagi dalam 20-30 minit dgn api sederhana..
Angkat & sejukan dulu .. baru dikeluarkan dari acuan



psst...linda juz C&P jekk , tens ya pd empunya rcp sbb sudi share rcp yg mudah n cepat ni...mmg sedap arr!!

Aritu aku telah men"try" order frozen karipap dengan member se"opis" aku...ermm, hasilnya..not bad, kira sesuaila ngan tekak aku n family aku...pas ni nak order lg la untuk dijadikan buah tangan untuk jiran aku yg akan mengadakan kenduri kahwin anak dia hujung bulan ni...so, korang layan jela gambo ni ekk...












Jeng..jeng..jeng...ni la project aku yg dinanti-natikan selama ini..heheh...dah lama dah dok ngidam nak makan "sheperd-pie" ni tp xpernah2 tertunai pun (ngalah org pregnant plak!!)...konon2 kini; tertunailahhasratdihati, sorry yekk kak ina..pnjam jap identiti kak..tu yg pas mkn lunch tu terus aku bertapa kat dapur..dah kobar2 ni, klu xjdik tu mmg hangin stu bdn tu la..tp alhamdulillah.. akhirnya, inilah hasil air tangan ku khas utk santapan aku sekeluarga di petang kelmarin...resipinya?? xtaula spa punya ni aku copy & paste je la..pd tuan punya...tima kasih byk2 sbb sudi share resipi yg sedap bangat ni.. : )

Sheperd-Pie



Bahan-bahan:

1kg kentang - rebus bersama sedikit garam
1 cawan susu segar
serbuk lada putih secukupnya
Kupas kulit kentang dan lecek hingga hancur bersama susu segar dan pepper. Ketepikan.

Inti:

400g daging cincang
5 batang sosej - didadu
5 butir cendawan butang - dihiris
1/2 batang lobak merah - parut kasar
1 paket serbuk kari daging
1 biji bawang holland - didadu
2 ulas bawang putih - cincang
sedikit halia - racik halus
1 mangkuk kecil sos tomato
1/2 mangkuk kecil cili sos
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
3 biji tomato - hiris

Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia sehingga wangi.
3. Masukkan serbuk kari dan semua sos, kacau hingga naik minyak.
4. Masukkan daging cincang, kacau rata. Biar hingga daging masak dan kering sedikit airnya.
5. Masukkan sosej, cendawan dan lobak merah. Gaul rata. Perasakan garam dan gulanya. (Kalau guna serbuk perasa tak payah bubuh gula).
6. Biar seketika sehingga semua bahan masak keseluruhannya.

Penyediaan Pai:
1. Panaskan oven 180 darjah
2. Sediakan loyang pembakar yang telah dilengser butter. 3. Ratakan separuh kentang lecek di dasar loyang.
4. Lapiskan dengan inti daging cincang yang siap dimasak tadi.
5. Susun tomato hiris diatasnya kemudian tutup dengan separuh lagi kentang lecek.
6. Taburkan sedikit butter di atasnya. Bakar selama 45 minit atau sehingga kentang keperangan.





minum petang

Juadah-juadah minum petang yg sempat aku wat time aku off ri tu...ala..juadah yg besa2 ja..tp mengenyangkan seisi perut la..

Puff segera

Cucur Badak (kak ros)


Kulit:
2 biji keledek - rebus/lenyek
2 cwn tepung gandum
3 sudu besar gula pasir

Bahan inti:
2 cwn kelapa parut
1 cwn udang kering - rendam/ tumbuk halus
6 ulas bwg merah - hiris (aku tumbuk)
1 helai daun kunyit - (xletak pun)
10 cili kering - tumbuk lumat
5 btg serai - hiris halus (ni pun aku tumbuk)
1/2cm kunyit
garam

Cara membuat kulit:
1. Rebus keledek hingga lembut kemudian lenyek.
2. Masuk gula dan gaul sampai gula larut.
3. Masuk tepung sikit demi sikit hingga adunan lembut dan senang diuli.

Cara membuat inti:
1. Satukan semua bahan dan kacau rata.
2. Masak atas api sederhana dan biar sampai kering.
Cara:
1. Ulikan tepung dlm bentuk bebola dan tekan biar leper.
2. Masukkan inti di tengah2 doh dan kelimkan di hujungnya dan betukkan seperti bebola semula.
3. Kemudian tekan sikit doh agar doh menjadi leper sedikit dan klu suka bleh la letak udang kat atas cucur sebelum digoreng.



iNi gara-gara cuci anak tekak kat blog akak rinchann le ni..terus aku g wat popia ni..gambo ni pun dah lama dah..time besday anak aku ri tu..baru ri ni la nak masukkan n3..tp mmg sedap la popia ni..dicicah plak ngan sos keledek dari akak hana...ermm..cedap oitt!!!



Popia Kentang (rinchann.fotopages)

Bahan-bahan inti:
5 biji ubi kentang, direbus empuk, dibuang kulit dan dilecek
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 tsp serbuk lada putih
Secubit serbuk lada hitam kasar
5 tbs daging cincang
1/2 cwn bawang goreng
Sepokok daun saderi, dicincang
Sepokok daun bawang, dicincang
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak utk menumis
Kulit popia secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan lada putih dan lada hitam. Kacau seketika.
2. Masukkan daging cincang. Masak sehingga air daging kering. Perasakan dengan sedikit garam.
3. Masukkan kentang lecek. Kecilkan api. Gaul rata semua dan tutup api.
4. Akhir sekali masukkan bawang goreng, daun saderi dan daun bawang. Gaul rata. Sejukkan seketika.
5. Sediakan kulit popia, isikan inti, gulung dan goreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos cili pilihan.


Sos Keledek (hanamemories.blogspot)
Bahan Sos Keledek:
1 biji keledek kecik (kurang lebih 150 g)
3 - 4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1/3 cawan sos tomato
Air masak secukupnya
Sedikit cuka
Garam dan gula secukup rasa

Untuk Sos Keledek:
1. Kupas keledek, cuci dan potong kecil, rebus hingga empuk.
2. Kisar keledek, cili merah, sos tomato dan bawang putih bersama sedikit air hingga halus. Tuang ke dalam periuk, masak dengan api perlahan.
3. Tambah gula dan garam secukup rasa diikuti cuka makan, imbangkan rasa masam, manis dan masin.
4. Masak hingga sedikit pekat, matikan api dan boleh dihidangkan bersama popia tadi

psst: kak rinchann n kak hana..jgn marah ekk!! linda copy/paste jekk.. : )


hi-tea2

Puff Kentang



Bahan-bahan:

Roti paratha/ canai segera jenama kawan
Kuning telur + sedikit susu cair + sedikit perwarna kuning (disapu atas puff)

Bahan Inti:

3 biji kentang - potong dadu
3 keping dada ayam - hiris ikut suka
2 bwg merah - hiris
2 bwg putih - hiris
3 sudu besar rempah kari
sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara (Inti):

1. Tumis bwg merah dan bwg putih hingga naik bau.
2. Masuk rempah kari dan tumis sampai pecah minyak.
3. Masuk sedikit air diikuti dengan kentang. Biar sampai kentang empuk sebelum masukkan ayam.
4. Rasakan dengan bahan perasa dan agak kering kuahnya, tutup api.

Cara-cara:

1. Roti paratha dibelah empat atau dua.
2. Ambil sekeping kecil dan letakkan inti.
3. Lipat dengan kemas dan tekankan hujungnya dengan sudu garfu agar tak terbuka.
4. Kelar-kelarkan di atas puff dan sapu dengan kuning telur.
5. Bakar hingga masak.

Muffin Coklat



Bahan-bahan (10 biji ):

200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-caranya

1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Nota Yani: Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

(Sorry la pada tuan punya resepi ni sbb aku copy n paste jekk..aku lupa lak aku amik dari mana..aku mmg seorang yg pelupa...hahahah!!!)

Coney Dog


Bahan-bahan ( 10 biji ):

400 gm daging kisar
3 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 sdk serbuk lada (chilli powder)
3/4 sdk lada hitam - kisar halus
3/4 cawan sos tomato
1/4 cawan air
1 sdk garam
1 sdk gula
serbuk perasa secukup rasa
10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
10-12 biji sosej / frankfurter

Cara-cara SOS:

Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan msk sehingga agak-agak rempah masak. Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut. Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak. Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave). Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya.

(aku letakkan cheese keping kat atasnya n panaskan sekejap dlm microwave..nak bg cheese dia cair sket...ni pun sama juz copy n paste xtau dari mana...)


"Cempedak!! cempedak!!"



cempedak...cempedak...ermm sedapnya!! aku xtau la awat la aku minat sgt makan cucuq cempedak ni...tp yg aku tau la..xkira mak aku atau mak mertua aku yg wat..rasa cam xcukup jekk cempedak tu..heheh..cempedak ni bila digoreng..harumnya bau..kuat betul bau dia tu yg wat tergoda tu...





Bahan salut:

tepung beras cap rose/gajah
1 biji telur
sedikit air kapur
sedikit garam


Hi-tea




Beberapa ari lalu aku wat kuih bakar n donat coklat untuk hi-tea..kat sini aku post kan n3 hi-tea ngan resepinya sekali ok..cubaan 1st time..klu xmenarik tu jgn la marah ..aku pun bru jekk nak blajaq..blum pro lagi!!






Kuih Bakar Bijan



Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
3 cawan jus pandan - dlm 10 helai daun pandan blend
1 cawan gula pasir
3 biji telur
2 sudu besar majerin
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
Sedikit bijan

Cara penyediaan:

1. Panaskan oven 180'C selama 15 minit
2. Blender semua bahan supaya sebati dan tapiskan
3. Tuangkan dalam loyang yg telah disapukan minyak dan taburkan bijan di atasnya
4. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak

Donut Suria Bercoklat



Bahan A:

3 cawan tepung
3 s/b susu tepung
3 s/b shortening
3 s/b gula pasir castor

Bahan B:
200 ml air (tambh air jika perlu
2 s/k instant yeast

Cara penyediaan:

1. Satukan semua Bahan A Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut
2. Bulat-bulatkan dan letak inti pilihan (inti pilihanku peanut n coklat)
3. Perap hingga naik dua kali ganda
4. Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan
5. Salut gula icing atau celup dalam coklat cair