i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!

hi-tea2

Puff Kentang



Bahan-bahan:

Roti paratha/ canai segera jenama kawan
Kuning telur + sedikit susu cair + sedikit perwarna kuning (disapu atas puff)

Bahan Inti:

3 biji kentang - potong dadu
3 keping dada ayam - hiris ikut suka
2 bwg merah - hiris
2 bwg putih - hiris
3 sudu besar rempah kari
sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara (Inti):

1. Tumis bwg merah dan bwg putih hingga naik bau.
2. Masuk rempah kari dan tumis sampai pecah minyak.
3. Masuk sedikit air diikuti dengan kentang. Biar sampai kentang empuk sebelum masukkan ayam.
4. Rasakan dengan bahan perasa dan agak kering kuahnya, tutup api.

Cara-cara:

1. Roti paratha dibelah empat atau dua.
2. Ambil sekeping kecil dan letakkan inti.
3. Lipat dengan kemas dan tekankan hujungnya dengan sudu garfu agar tak terbuka.
4. Kelar-kelarkan di atas puff dan sapu dengan kuning telur.
5. Bakar hingga masak.

Muffin Coklat



Bahan-bahan (10 biji ):

200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-caranya

1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Nota Yani: Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

(Sorry la pada tuan punya resepi ni sbb aku copy n paste jekk..aku lupa lak aku amik dari mana..aku mmg seorang yg pelupa...hahahah!!!)

Coney Dog


Bahan-bahan ( 10 biji ):

400 gm daging kisar
3 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 sdk serbuk lada (chilli powder)
3/4 sdk lada hitam - kisar halus
3/4 cawan sos tomato
1/4 cawan air
1 sdk garam
1 sdk gula
serbuk perasa secukup rasa
10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
10-12 biji sosej / frankfurter

Cara-cara SOS:

Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan msk sehingga agak-agak rempah masak. Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut. Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak. Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave). Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya.

(aku letakkan cheese keping kat atasnya n panaskan sekejap dlm microwave..nak bg cheese dia cair sket...ni pun sama juz copy n paste xtau dari mana...)


No comments:

Post a Comment