i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!

ketam tu bertelur...

Mekasih byk2 kat sis Hasue sbb rcp yg ni mmg superb...syiok gitu bila eh ratah2...kak, linda minta izin C&P rcp tu kat sini lak ekk...sbg rujukan masa akan dtg..mekasih ya!!



Ketam Goreng Sos Bertelur
sumber: kak HaSue

Bahan-bahan:
  • 1 kilo ketam - buka cengkerangnya dan buang insang n poket bhn buangan-potong 2 jika saiznya agak besar. Cuci bersih dan toskan.
  • 2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 batang cili merah*(nak pedas lagi boleh tambah cili padi)/boleh juga guna cili kisar
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos plum(optional)
  • 2 biji telur ayam-pecahkan dalam mangkuk n dipukul sedikit
  • 1 cawan minyak masak(agak2 jer)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Tomato(optional-potong berbaji
Cara-cara:
  1. Masukkan ketam ke dalam bekas yang agak besar,tabur garam dan serbuk kunyit. Tampikan bekas supaya ketam bergaul mesra dengan garam dan serbuk kunyit tadi. Tidak perlu gaul menggunakan tangan atau senduk. Kisar bahan bertanda
  2. Goreng ketam sehingga kulitnya kemerahan untuk sekejap sahaja..jangan goreng lama2 nanti isi ketam akan keras. Goreng sampai habis termasuk kulit(cengkerang)sekali(yg bertelur)
  3. Setelah habis menggoreng ketam,gunakan minyak yang sama(jika masih banyak kurangkan sedikit sehingga tinggal dalam setengah cawan).Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau n kekuningan.
  4. Masukkan semua jenis sos sambil dikacau sebati. Masukkan air secukupnya(dlm 1 cawan gitu),perasakan dengan garam n sedikit gula/perasa
  5. Biarkan kuah mendidih dan sedikit pekat barulah masukkan ketam yang sudah digoreng tadi..gaul rata.Jika suka masukkan tomato yang dipotong berbaji
  6. Setelah bahan2 sebati dengan ketam tadi,masukkan telur ayam dan kacau seketika
  7. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan..Selamat Mencuba!
~LINDA~

Bila gian....

Bila gian meroti..inilah hasilnya...lumayan kan, lg puas hati...hhheeh..layannnzzzzzzzz

 yg ni wat sosej bun, kids punya favourite

 cheese bun

sosej bun with cheese & chili sauce as topping

linda masih menggunakan rcp roti naik dari kak sash rahmat...so, klu nk tau leh klik di sini

~LINDA~

Meroti kali pertama...


Ya Allah...bersyukur sgt2 akhirnya Linda brjaya buat roti walau hanya sekadar roti naik..tp ia betul2 wat linda rasa seronok tmbah2 roti, kesukaan kami sekeluarga...terima kasih banyak2 pd penyumbang rcp iaitu Kakak Sasha Rahmat, dan ni suma linda buat tanpa menggunakan BM...alhamdulillah...


Roti Naik
Sumber: Kak Cha

bahan A
yis (instant /serbuk) 11 grm
air suam 1/2 cwn
gula 1 sudu besar
tepung gandum 1 sudu besar
***satukan bahan A dan biarkan yis naik

bahan B
2 sudu besar marjerin planta / mentega dicairkan

bahan C
1 cwn gula dilarutkan dgn 1/2 cwn air panas (gula bole dikurangkan) utk dijadikan sirap gula (KLU RASA MCM KURANG CECAIR BOLE TMBH 1/4 CUP LG AIR)

bahan D
3 cwn tpg gandum + 1/2 Cwn tpg

pic 1
masukkan 3 cwn tepung ke mangkuk adunan, buatkan lubang ditgh tepung
pic 2
masukkan bhn A & C
pic 3
masukkan bhn B
pic 4 to pic 6
uli serata, hingga licin (doh x melekat di tngn)
gunakan extra tepung yg 11/2 cwn tadi...(x perlu abiskan-guna sedikit2)
cuma utk dusting dn utk doh x lekat ditngn.
pic 7
perap hingga 30 to 45 min
klu nk doh naik cepat keep doh di tempat hangat
pic 8
doh naik seganda - x perlu tumbuk doh
terus cuil doh dn bulatkan jadi doh kecil
pic 9
bole di cuil dn susun pd loyang (yg tlh disapu dgn marjerin)
biarkan roti naik sekali lagi. (lebih kurang 30 to 40 mins)
bakar suhu 180'c selama 30 mins atau lebih..
keluarkan dr oven dan bole sapu marjerin diatas roti
dn lebih sedap taburkan gula (tips dr mama jijah)
 


Kak Cha...linda minta izin C&P rsp ni kat sini yekk...mekasih kak.. :))

~LINDA~