i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!

ketam tu bertelur...

Mekasih byk2 kat sis Hasue sbb rcp yg ni mmg superb...syiok gitu bila eh ratah2...kak, linda minta izin C&P rcp tu kat sini lak ekk...sbg rujukan masa akan dtg..mekasih ya!!



Ketam Goreng Sos Bertelur
sumber: kak HaSue

Bahan-bahan:
  • 1 kilo ketam - buka cengkerangnya dan buang insang n poket bhn buangan-potong 2 jika saiznya agak besar. Cuci bersih dan toskan.
  • 2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 batang cili merah*(nak pedas lagi boleh tambah cili padi)/boleh juga guna cili kisar
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos plum(optional)
  • 2 biji telur ayam-pecahkan dalam mangkuk n dipukul sedikit
  • 1 cawan minyak masak(agak2 jer)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Tomato(optional-potong berbaji
Cara-cara:
  1. Masukkan ketam ke dalam bekas yang agak besar,tabur garam dan serbuk kunyit. Tampikan bekas supaya ketam bergaul mesra dengan garam dan serbuk kunyit tadi. Tidak perlu gaul menggunakan tangan atau senduk. Kisar bahan bertanda
  2. Goreng ketam sehingga kulitnya kemerahan untuk sekejap sahaja..jangan goreng lama2 nanti isi ketam akan keras. Goreng sampai habis termasuk kulit(cengkerang)sekali(yg bertelur)
  3. Setelah habis menggoreng ketam,gunakan minyak yang sama(jika masih banyak kurangkan sedikit sehingga tinggal dalam setengah cawan).Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau n kekuningan.
  4. Masukkan semua jenis sos sambil dikacau sebati. Masukkan air secukupnya(dlm 1 cawan gitu),perasakan dengan garam n sedikit gula/perasa
  5. Biarkan kuah mendidih dan sedikit pekat barulah masukkan ketam yang sudah digoreng tadi..gaul rata.Jika suka masukkan tomato yang dipotong berbaji
  6. Setelah bahan2 sebati dengan ketam tadi,masukkan telur ayam dan kacau seketika
  7. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan..Selamat Mencuba!
~LINDA~

4 comments:

  1. Gostei muito do seu blog, as receitas sao ótimas, continue postando , voce esta de parabens.

    Eu tambem tenho um blog, de uma olhada, acredito que vai gostar.

    http://softreceitas.blogspot.com.br/

    ReplyDelete
  2. singgah join
    http://my-mintroom.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. wow..sedapnya......frst time here...hapi to follow u..bila ada masa ..sillalah singgah kat,

    http://subhieskitchen.blogspot.co.uk/

    ReplyDelete
  4. http://kingchickenwingkcw.blogspot.com/ follow lah kami jugak...hehehe....

    ReplyDelete