i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!
Showing posts with label Cakes. Show all posts
Showing posts with label Cakes. Show all posts

Pisang Blended??


Orange blended cake bertukar menjadi Pisang blended cake...wanna to try?? i like it..ngeee


Start dari pertama kali buat orange blended cake, rcp ni terus tersimpan di hati kerna ia amat memudahkan kerja hanya masukkan suma dalam mixer then blend, gaul2 dah siap utk dibakar.. resepi?? sama jekk mcm orange blended cake tu cuma tukarkn buah orange kepada pisang itu jekk..sukatan ttp sama...

Lepas ni wanna to try another fruit..rasa2 buah apa lg yg sedap ekk..err strawberi best x??

wokeh..time to work!! korang layan kan jekk..

^_~ have a nive day ya!!



Besday cake sempena my 2nd son besday..dah lepas pun


As'salam....

Monink!! Walau xsecantik; sehalus seni pakar yg mendeco cake, but ceq mmg puas hati, sbb cake tu moist n gebu jekk.. :D

Bab deco2 ni mmg failed sket la, tp bab rasa ni lulus kot..heheh..apapapun ni gabungan antara kek coklat moist n kek pandan..mmg sedap arr..hikhik..(angkat bakul sendiri) Tapi kalau diri sendiri x puji sapa g nak puji kan..k la, layan je la pic kek kat bawah ni..ceq nk p wat koje..

Taste so good!!!


Coklat Moist Kek
Sumber: Hakak WANA YUSUF

Bahan-bahan:

2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak jagung
¾ cawan serbuk koko
1 cawan air panas
1 cawan yogurt
1 camt serbuk penaik
1 camt soda bikabonat
2 biji telur ( 3 biji telur saiz kecil)
1 camt essen vanilla
1 camt garam

Cara-cara:

1. Ayak tepung, serbuk penaik, soda bikabonat dan serbuk koko.

2. Kacau gula, air panas, yogurt, essen vanilla, garam dan telur hingga larut.

3. Perlahan lahan masukkan tepung dan minyak bergilir-gilir.

4. Masukkan dalam acuan kek panas yg telah di sapu mentega dan di alas dengan kertas minyak.

5. Bakar selama 45-50 minit pada suhu 180 darjah C.

6. Boleh di kukus jika suka.

Kek Pandan
Sumber: Hakak DayangJack

Bahan-bahan:

100 g tepung gandum*
1/2 sudu kecil serbuk penaik (*diayak bersama tepung)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
1 sudu besar ovalette
50-60 g gula kastor
60 ml minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan

Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 170C-180C. Lengserkan loyang/loyang swiss roll dengan mentega dan alaskan dengan baking sheet. Ratakan lagi dengan mentega dan taburkan sedikit tepung jika suka.

2. Di dalam mangkuk adunan, putar kesemua bahan kecuali minyak hingga kembang dan gebu.

3. Kemudian, masukkan minyak jagung dan kacau sebati dengan spatula secara kaupbalik.

4. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau loyang swiss roll dan bakarlah selama lebih kurang 20-25 minit atau sehingga keperangan. Suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.

Psstt...

(kak wana) = Thanks ya sbb sudi share kek coklat yg best ni..really like it!! minta izin C&P kat sini :D

(kak dayang) = Mekasih ya, linda amik rcp akak dari koleksi kek pandan lapis kastard..mmg sedap kek ni..lembut gitu..mekasih skali lg ya..dan minta izin C&P kat umh linda ni..utk rujukan masa hadapan... ^_~


Its Easy~~


Orange Blended Cake
Sumber: Kak FIDA myr


Bahan-Bahan:

1 bji buah limau
1 cawan minyak
2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )


Cara-cara:

1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.

2. Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.

3. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.

4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.

5. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.


Kak FIDA, linda minta izin C&P rcp cake ni kat sini ya.. Mekasih..heheh.. mmg best rcp ni and thanks 2 kak fida yg sudi kongsi dis rcp kat myr..pasni nk try godek2 rcp ni wat buah lain lak :D


Pisang...pisang


Kebetulan ri tu masa balik kg, sempat gak ziarah tok aku b4 aku brtolak balik kl..ha, amik ngko setandan dia bg pisang masam...ermm poning gak pikior pa nk wat ngan pisang yg bebanyak ni.. awai2 ri tu aku wat cokodok..ngeh2..bg sket kat umh MIL tu breakfast..balik koje tgk da byk lg pisang..dah nk masak..godek2 pc aku pun search la rcp kek pisang..korang caya x..aku sepanjang meniti usia 25thn ni xprnah mkn kek pisang..haha..cam x logik lak kan..tp tu lah kenyataan... hikhik, aku pun xtau apsal..hehe..godek punya godek jumpa la rcp yg paling easy ni..mmg sonang bagai la...aku pun apalg mlm td gak p dok kecah kan dapuq sensorang..time dok bakaq tu, mak oiiii bau dia beshnya..huhu...aku asyik bukak tutup ja oven tu..hahah...laki aku kata aku mereng.. cmna dia xkata, buka oven tu semata tuk hidu bau kek..hahaha

Saat kek tu dikeluarkan dari oven...ishk aku mmg xthn la..awai2 tu cuma cubit2 manja gitu tuk merasa kebetulan lak masih panas...omak kau!! sedapnya...kini baru aku tau betapa sedapnya kek pisang ni..tu la dolu juai mahai la ni..melantak x hengat dunia xsedar ari dah larut mlm..ekeke..pas2 ni leh wat lg la ekk..tima kasih la pd tuan empunya rcp ni yg sudi share kan rcp dia..mmg beshhhh...jom kita check rcp ni ya..kot2 da sapa yg terbaca n rcp ni dia punya..aku ucap tima kasih n aku minta izin tuk post kan kat umah aku ni yek...

Kek Pisang
Sumber: Rahaniss.fotopages.com
Asal: xtau sapa punya rcp



Bahan-bahan:(aku gandakan bhn2 sbb loyang bosa)

1 cwn pisang - yang dh dilecek
3/4 cawan gula pasir
4 biji telur gred B
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 tsp baking powder 1 tsp soda bicabonate
1 tsp esen vanila

Caranya:

1. Ayak tepung + soda +baking powder
2. Pukul telur dengan gula sampai kembang, masukkan ke dalam adunan pisang lecek tadi n kacau sebati.
3. Masukkan minyak dan kacau + esen vanilla dan last sekali buh tepung sedikit demi sedikit. kacau pelan². (aku tambah kepingan choclate yg disagat...)
4. Masukkan dalam acuan, dan bakar selama 45 minit hingga masak, temp 180.




Siapkan tempahan...

Ni n3 mggu lepas...da jiran kat umh tempah choc. moist kek, seb bek la dia minta yg simple jekk..heheh... korang layan je la gambo kek ni ekk..





Moist cake........ ^_~

(KEK COKLAT LEMBAP MALAYSIA)
Sumber : Indon2.com


Bahan-bahan :
250gm mentega
1 1/2 cawan gula castor
2 cawan tepung kek (or tepung naik sendiri)
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan air sejuk (dari petiais)
1 camca teh esen vanilla
3 biji telur gred A atau 4 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Ayak tepung dan serbuk koko. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, anggaran 30 saat antara setiap satunya. Pukul sederhana laju.
4. Perlahankan pukulan, masukkan tepung diselang-selikan dengan susu cair.
5. Masukkan esen vanilla.
6. Masukkan air ais dan gaul sekadar sebati.
7. Tuang dalam loyang 9in x 9in yang telah digris dan dilapik dasarnya.
8. Bakar pada suhu 170 darj cels selama 1 jam atau sehingga masak.

Topping:

250 gm cooking chocolate
3 sudu besar susu cair
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar margerin atau butter.

Cara-cara:

1. Larutkan susu pekat ke dalam susu cair.
2. Masukkan cooking chocolate dan cairkan menggunakan double boiler.
3. Apabila chocolate menjadi cair, masukkan margerin atau mentega dan kacau hingga sebati.
4. Tuang di atas kek yang telah sejuk dan ratakan.
pssst...sowie gambo xcntik sbb adik tlg snapkan...heheh...time ni umh tgh ramai ngan member2 lama..hehe

Deko...deko

Tempahan kek yg sempat aku siapkan sebelum bercuti ri Jumaat lepas...huhu..mcm2 godaan nak siapkan kek seberat 1kg lebih ni..apalagi klu bkn godaan anak2 aku tu..mcm2..dorg pun sibuk nak mendecorate sama, smpaikan abis dapur aku dorg wat..berterabur sana-sini...time tu mula la angin kus2 dtg..apapapun..akhirnya, kek ni siap juga dan telah pun selamat smpai ke tangan empunya order dan dah selamat dihadam pun..ngeh..ngeh..tens ya to acik melan sbb sudi order kek kat aku walau pun tau aku ni xberapa pandai nak deco2 ni...byk g yg nak kena blajaq ni..papapun puas ati gak sbb dorg suke...ma kasih!!..lupa lak nak amik gambo kek sblm di deko, aku wat 2 lapisan, lapisan bwh kek orange n atas moist choc..








Baking class...heheheh

Kek Marble Sempoi (kak Leen)



Bahan-bahan:

1 cawan marjerin
1 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu mkn susu pekat manis
1 1/2 cawan tepung gandum *
1/2 sudu teh baking pow. *
pewarna

(* = diayak bersama)

Cara:

1. Pukul marjerin dan gula hingga kembang.
2. Masuk telur satu persatu.
3. Masukkan esen dan susu, gaul rata.
4. Kemudian, masukkan tepung dan baking pow. Sebatikan.
5. Bahagi adunan kepada 3 bahagian sama rata. Warnakan 2 bahagian, manakala 1 bahagian dibiarkan asal.
6. Tuang selang-seli adunan ke dlm loyang smpai abis adunan. Bakar pada suhu 170-180 (40-50min).

pssttt...maaf ye kak...resepi ni di edit ikut yg linda salin..heheh...but simple n very da sedap one la...jimat masa..hik..hik...thanks ya!!







Chocolate cake (resepi kek zaima)



Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara:

1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.
2. Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak.
3. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi. Gaul rata dan campur tepung.
4. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je).
5. Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap. Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejukkan.




psstt...sila abaikan chocolate yg comot2 tu ekk..hihi..lambat arr nak tggu chocolate tu sejuk sket.. tuang jekk choc tu n hias ngan buah terus anak aku minta sekeping...kek besar tu kejap je abis.. bkn buruk lantak tau, aku bg sket kat family mil aku.. lgpun anak2 n hubby aku suke sgt kek cenggini...sedap tu!!!



kek coklat lembap (pasirmas2london)



Bahan A:-

250 gm butter
1 cawan serbuk koko
1 cawan brown sugar/gula kastor
1 cawan susu cair
1 sudu besar nescafe (wan letak 1 sk je)
1/2 cawan susu manis

Bahan B:-

3 biji telor
1 sudu teh esen vanila

Bahan C:-

1 1/4 cawan tepung gandum *
1 sudu teh baking powder *
1/2 sudu teh soda bicarbonate * (*diayak bersama)

Cara Menyediakan:-

- Campurkan semua bahan A dalam periuk dan masak atas api sederhana, kacau sampai cair
sebati dan tidak berketul2. Biarkan suam.
- Pukul telor dengan esen vanila hingga kembang. Masukkan adunan koko tadi. Kacau rata.
- Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil digaul sebati.
- Panaskan kukusan. Tuangkan adunan dalam acuan.
- Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yang sederhana. (selalunya wan kukus
40 minit aje)

Bila telah sejuk, keluarkan dan bolehlah diletak topping kesukaan.


Nota: semasa mengukus, balut tutup kukusan dengan tuala/kitchen towel.


psstt..pada tuan empunya... (ceq c&p jekk...hope jgn marah, n tens 4 da best rcp!!)