i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!
Showing posts with label Tips-tips. Show all posts
Showing posts with label Tips-tips. Show all posts

"makanan selamat"

Penyediaan Makanan Yang Selamat

Apa itu makanan yang selamat?

Makanan yang selamat ialah makanan yang bebas dari pencemaran. Penyediaan makanan yang selamat adalah penting untuk mencegah keracunan makanan.

Fakta penting:

Bakteria keracunan makanan boleh dipindahkan kepada orang lain dalam sesuatu masa. Bakteria keracunan makanan ini boleh ditemui di hidung, mulut, tangan, usus dan luka yang dijangkiti kuman. Bakteria keracunan makanan ini boleh disebarkan oleh orang yang menyediakan makanan melalui bersin, batuk ke dalam makanan dan dengan menyentuh makanan. Kebanyakan wabak keracunan makanan timbul akibat dari pencemaran makanan semasa makanan disediakan oleh orang yang menyediakan makanan tersebut.

Apa yang perlu saya buat untuk memastikan penyediaan makanan yang selamat?

Anda perlu :

1. Menjaga kebersihan diri
2. Basuh tangan dengan betul, terutama sekali: Selepas keluar dari tandas
3. Mengendalikan sisa makanan
4. Selepas makan, merokok atau menghembus hidung
5. Selepas mengendalikan bahan mentah dan sebelum menyajikan makanan
6. Pastikan kuku sentiasa bersih dan pendek
7. Pakai pakaian yang bersih dan penutup kepala
8. Balut luka dengan pembalut luka yang kalis air
9. Tanggalkan semua perhiasan seperti cincin, gelang dan jam tangan sebelum menyediakan makanan
10. Amalkan tabiat yang sihat apabila menyediakan makanan
11. Gunakan sudu, garpu atau penyepit (tong) untuk menyajikan makanan
12. Gunakan kain/tuala yang berasingan untuk mengelap tangan, meja dan peralatan makan
13. Gunakan papan pemotong yang berasingan untuk bahan mentah dan yang telah dimasak

Anda jangan:

1. Meludah, mengorek hidung atau telinga semasa menyediakan makanan 2. Makan, merokok atau mengunyah gula-gula getah atau sirih semasa menyediakan makanan
3. Batuk atau bersin ke arah makanan
4. Menyentuh bahagian dalam permukaan pinggan, cawan atau gelas semasa menghidang makanan
5. Menjilat jari semasa menyediakan makanan
6. Menggaru kepala semasa menyediakan makanan
7. Menghembus hidung ke dalam beg, pembungkus atau bekas yang digunakan untuk makanan dan minuman
8. Merasa makanan dengan jari atau sudu yang tidak dibasuh
9. Menggunakan tangan untuk menyajikan makanan
10. Menggunakan bahan bercetak seperti kertas surat khabar untuk membungkus makanan
11. Menggunakan peralatan seperti pinggan, cawan dan piring yang pecah, retak atau rosak



"Makanan berkhasiat"

KEPENTINGAN PENGAMBILAN MAKANAN BERKHASIAT

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.
Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat.

Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.

Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat.
Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut?

Terlalu banyak lemak dan kolesterol

Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol.
Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung.
Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.

Terlalu banyak gula

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.
Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.
Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

Terlalu banyak garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.
Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.
Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Terlalu sedikit serat

Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.

Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa.

Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian. Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa. Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak.


Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda makan. Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi.


Tips Untuk Harmonikan Keluarga

Nah..ini tips pada suami isteri untuk mengeratkan lagi hubungan dan pada yg belum berkahwin..ini dijadikan panduan tuk korang bila dah berumahtangga..tp jgnla sblm kawen korang dah praktikkan..tak baik tu.....dosa..dosa...

1. Anggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri.
Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemanapun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.


2. Isteri bukan pembantu rumah
Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

3. Isteri adalah manusia
Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha danbahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika ? budget? anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti? terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini?

5. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggorengikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

6. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

7. Ciuman khas untuk isterimu
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketiak dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan dibibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

8. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

9. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai ? ice-breaking?. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui ? gosip? pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

10. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.


Panduan Untuk Mengurangkan Kolesterol Dan Lemak

Tips2 ni aku dpt time aku jelajah web alkiram.net mmg marvelous la web tu sbb byk resepi n tips2 yg dpt dijadikan panduan..so xkan la aku nak peram jekk tips tu kan, apa salahnya aku copy n paste kat sini .. kurang2 dpt la aku kongsi tip2 ni ngan korang kan..

Pilihan Makanan

* Kurangkan makanan bergoreng , coklat, kek dan biskut.
* Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.
* Pilih makanan hasil tenusu (dairy products) rendah lemak.
* Pilih makanan kekacang dan daging berikut Ayam, ikan, kacang soya
* Kurangkan pengambilan jenis-jenis kekerang, udang dan organ-organ dalaman.
* Kurangkan memakan kuning telur dan telur ikan.
* Gunakan minyak sayur-sayuran (kecuali minyak kelapa)

Penyediaan Makanan

* Buang kulit dan lemak yang ternampak pada ayam dan daging sebelum dimasak.
* Kurangkan minyak semasa memasak.
* Bakar, kukus atau rebus makanan.
* Gantikan santan dengan susu kurang lemak semasa penyediaan makanan.

MENU & TIP2……..

* Makan quacker oat meal setiap pagi memang sudah terbukti dapat menurunkan kadar kolesterol yg tak bagus.
* Kawal lah berat badan dgn menjaga porsi makanan kita. Misalannya kalau dulu kita makan dua pinggan nasi, sekarang makan satu pinggan saja. Kalau satu pinggan, sekarang setengah pinggan.
* Banyakkan merebus. Jangan menggoreng.
* Banyakkan makan low fat. Misalan minum kopi hitam/teh kosong. Jgn tambah susu pekat. Jgn makan kek atau dessert seperti pastries yg banyak menggunakan telur dan mentega. Ada kek yg menggunakan putih telur dan minyak makan seperti kek sponge - ini OK.
* Makan daging yg berwarna putih seperti dada ayam. Buang kulitnya. * Banyakkan makan dari kacang soy.
* Banyakkan sayuran dan buah buahan. Pilih yg warnanya terang atau merangsang seperti lobak merah tapi bukan lobak putih. Pilih bayam,cekur manis, sawi hijau tapi bukan kobis putih. Tembikai dan mangga mempunyai warna yg sungguh exciting.
* Bersenam memang lah BORING.. tapi kalau kita dapat exercise yg fun, yg kita suka, tak lah boring. Kalau tak ada senaman yg fun, apa kata berjalan kaki? Jgn jln slow slow, pantas kan sikit. Pakai seluar panjang yg tak gelobos dan tak ketat dan tak menyapu jln. Untuk keselamatan. Jalan selama lima menet setiap hari. Bila dah syiok jln lima menet, jln selama sepuluh menet pulak. Tambah waktu berjalan sehingga satu jam setiap hari atau lebeh.
* Exercise lima kali seminggu.


Menu untuk breakfast

* 1 mangkuk sederhana bubur nasi dihidangkan dengan tofu dan kajang panjang boleh letak daging hancur sedikit , boleh jugak letak sayur campur2)
* 1 keping thosai, 1/2 mangkuk kari dhall3)
* 2 keping roti jala dengan kari ayam (portion kecik aje ya) kurangkan ambil karinya just untuk cicah2 ajee..


Lunch pulak

* 1/2 mangkuk nasi ayam dan daging ayam (suku ajee samada panggang atau steam tak nak yang goreng tu)
* 3/4 mangkok meehoon/mee sua/tunghoon bersama dengan 1 mangkok sayur (sawi) boleh campur dengan ayam/fishball/seafood/daging3)
* 1 keping chapati + ayam + 1 mangkok kecil sayur (kobis bunga)
* 1 mangkok mee rebus + isi ayam +sayur (broccoli)


Tea-break kol 3-6pm

* ambil 1 biji buah (apple/orange/kiwi/plum/pear/starfruit/honey dew/papaya/watermelon/dragon fruit/pineapple/grapes etc jgn ambil (ciku, nangka, cempedak, rambutan, pisang, logan, mangga, durian dan persimmon (buah pisang kaki)…tapi niee buah2 yang paling sedapkan…
dinner pulak kol 7.30 - 9mlm ajee
* chicken kebab dengan 1 mangkok salad
* portion kecik ayam yang dipanggang/ikan diambil dengan carot, kobis, bawang dan kekacang.
* aneka jenis soup mcm tomato sop, seafood soup (tomyam ok jugak),
* ikan kukus +sayur
* pastikan kena minum 8 gelas air sehari

kalau masih lapar sebelum tido boleh ambil 1 cawan susu rendah lemak atau 1 cawan low fat yogurt/ 1 cawan soybean yang kurang gula/ 1 cawan milo ‘o’.

makan malam sebelum pukul 7.30mlm kalau boleh. Tapi kalau dah kol 12 masih lapar tak leh tido ambil 1-2 sudu cereals..kalau masih lapar..