i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!

Panduan Untuk Mengurangkan Kolesterol Dan Lemak

Tips2 ni aku dpt time aku jelajah web alkiram.net mmg marvelous la web tu sbb byk resepi n tips2 yg dpt dijadikan panduan..so xkan la aku nak peram jekk tips tu kan, apa salahnya aku copy n paste kat sini .. kurang2 dpt la aku kongsi tip2 ni ngan korang kan..

Pilihan Makanan

* Kurangkan makanan bergoreng , coklat, kek dan biskut.
* Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.
* Pilih makanan hasil tenusu (dairy products) rendah lemak.
* Pilih makanan kekacang dan daging berikut Ayam, ikan, kacang soya
* Kurangkan pengambilan jenis-jenis kekerang, udang dan organ-organ dalaman.
* Kurangkan memakan kuning telur dan telur ikan.
* Gunakan minyak sayur-sayuran (kecuali minyak kelapa)

Penyediaan Makanan

* Buang kulit dan lemak yang ternampak pada ayam dan daging sebelum dimasak.
* Kurangkan minyak semasa memasak.
* Bakar, kukus atau rebus makanan.
* Gantikan santan dengan susu kurang lemak semasa penyediaan makanan.

MENU & TIP2……..

* Makan quacker oat meal setiap pagi memang sudah terbukti dapat menurunkan kadar kolesterol yg tak bagus.
* Kawal lah berat badan dgn menjaga porsi makanan kita. Misalannya kalau dulu kita makan dua pinggan nasi, sekarang makan satu pinggan saja. Kalau satu pinggan, sekarang setengah pinggan.
* Banyakkan merebus. Jangan menggoreng.
* Banyakkan makan low fat. Misalan minum kopi hitam/teh kosong. Jgn tambah susu pekat. Jgn makan kek atau dessert seperti pastries yg banyak menggunakan telur dan mentega. Ada kek yg menggunakan putih telur dan minyak makan seperti kek sponge - ini OK.
* Makan daging yg berwarna putih seperti dada ayam. Buang kulitnya. * Banyakkan makan dari kacang soy.
* Banyakkan sayuran dan buah buahan. Pilih yg warnanya terang atau merangsang seperti lobak merah tapi bukan lobak putih. Pilih bayam,cekur manis, sawi hijau tapi bukan kobis putih. Tembikai dan mangga mempunyai warna yg sungguh exciting.
* Bersenam memang lah BORING.. tapi kalau kita dapat exercise yg fun, yg kita suka, tak lah boring. Kalau tak ada senaman yg fun, apa kata berjalan kaki? Jgn jln slow slow, pantas kan sikit. Pakai seluar panjang yg tak gelobos dan tak ketat dan tak menyapu jln. Untuk keselamatan. Jalan selama lima menet setiap hari. Bila dah syiok jln lima menet, jln selama sepuluh menet pulak. Tambah waktu berjalan sehingga satu jam setiap hari atau lebeh.
* Exercise lima kali seminggu.


Menu untuk breakfast

* 1 mangkuk sederhana bubur nasi dihidangkan dengan tofu dan kajang panjang boleh letak daging hancur sedikit , boleh jugak letak sayur campur2)
* 1 keping thosai, 1/2 mangkuk kari dhall3)
* 2 keping roti jala dengan kari ayam (portion kecik aje ya) kurangkan ambil karinya just untuk cicah2 ajee..


Lunch pulak

* 1/2 mangkuk nasi ayam dan daging ayam (suku ajee samada panggang atau steam tak nak yang goreng tu)
* 3/4 mangkok meehoon/mee sua/tunghoon bersama dengan 1 mangkok sayur (sawi) boleh campur dengan ayam/fishball/seafood/daging3)
* 1 keping chapati + ayam + 1 mangkok kecil sayur (kobis bunga)
* 1 mangkok mee rebus + isi ayam +sayur (broccoli)


Tea-break kol 3-6pm

* ambil 1 biji buah (apple/orange/kiwi/plum/pear/starfruit/honey dew/papaya/watermelon/dragon fruit/pineapple/grapes etc jgn ambil (ciku, nangka, cempedak, rambutan, pisang, logan, mangga, durian dan persimmon (buah pisang kaki)…tapi niee buah2 yang paling sedapkan…
dinner pulak kol 7.30 - 9mlm ajee
* chicken kebab dengan 1 mangkok salad
* portion kecik ayam yang dipanggang/ikan diambil dengan carot, kobis, bawang dan kekacang.
* aneka jenis soup mcm tomato sop, seafood soup (tomyam ok jugak),
* ikan kukus +sayur
* pastikan kena minum 8 gelas air sehari

kalau masih lapar sebelum tido boleh ambil 1 cawan susu rendah lemak atau 1 cawan low fat yogurt/ 1 cawan soybean yang kurang gula/ 1 cawan milo ‘o’.

makan malam sebelum pukul 7.30mlm kalau boleh. Tapi kalau dah kol 12 masih lapar tak leh tido ambil 1-2 sudu cereals..kalau masih lapar..



2 comments: