i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!
iNi gara-gara cuci anak tekak kat blog akak rinchann le ni..terus aku g wat popia ni..gambo ni pun dah lama dah..time besday anak aku ri tu..baru ri ni la nak masukkan n3..tp mmg sedap la popia ni..dicicah plak ngan sos keledek dari akak hana...ermm..cedap oitt!!!



Popia Kentang (rinchann.fotopages)

Bahan-bahan inti:
5 biji ubi kentang, direbus empuk, dibuang kulit dan dilecek
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 tsp serbuk lada putih
Secubit serbuk lada hitam kasar
5 tbs daging cincang
1/2 cwn bawang goreng
Sepokok daun saderi, dicincang
Sepokok daun bawang, dicincang
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak utk menumis
Kulit popia secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan lada putih dan lada hitam. Kacau seketika.
2. Masukkan daging cincang. Masak sehingga air daging kering. Perasakan dengan sedikit garam.
3. Masukkan kentang lecek. Kecilkan api. Gaul rata semua dan tutup api.
4. Akhir sekali masukkan bawang goreng, daun saderi dan daun bawang. Gaul rata. Sejukkan seketika.
5. Sediakan kulit popia, isikan inti, gulung dan goreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos cili pilihan.


Sos Keledek (hanamemories.blogspot)
Bahan Sos Keledek:
1 biji keledek kecik (kurang lebih 150 g)
3 - 4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1/3 cawan sos tomato
Air masak secukupnya
Sedikit cuka
Garam dan gula secukup rasa

Untuk Sos Keledek:
1. Kupas keledek, cuci dan potong kecil, rebus hingga empuk.
2. Kisar keledek, cili merah, sos tomato dan bawang putih bersama sedikit air hingga halus. Tuang ke dalam periuk, masak dengan api perlahan.
3. Tambah gula dan garam secukup rasa diikuti cuka makan, imbangkan rasa masam, manis dan masin.
4. Masak hingga sedikit pekat, matikan api dan boleh dihidangkan bersama popia tadi

psst: kak rinchann n kak hana..jgn marah ekk!! linda copy/paste jekk.. : )


No comments:

Post a Comment