i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!

"Set Nasi Beriyani"

ni menu2 lepas...kali pertama aku wat nasi beriani dan lauk pauk dia..hahha..cam xcaya jekk..tapi nasi tu aku kukus..walau xterror mana tp alhamdulillah..licin semuanya..hehehe...so..chek it out!!

Nasi Beriani Kukus



Bahan-bahan:

5 gelas beras
5 gelas air
1 peket rempah beriani
3 bawang besar - hiris kisar
3cm halia - dikisar halus
2 kulit kayu manis
5 helai daun pandan
1/2 tin susu cair
sedikit pewarna kuning
2 sudu besar minyak masak + 2 sudu besar mentega

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak masak + mentega (aku jarang pakai minyak sapi)
2. Tumis bahan hiris/bahan kisar dan kulit kayu manis hingga naik bau
3. Masukkan daun pandan yg telah diikat
4. Masukkan rempah beriani dan susu cair serta perasakan dengan garam
5. Akhir masukkan beras yg telah ditoskan td dan gaul hingga sebati sebelum diangkat dan dituangkan ke dalam periuk pengukus yg telah dipanaskan td..
6. Bila nasi hampir masak, masukkan sedikit pewarna kuning. Sedia

Ayam Beriani



Bahan-bahan:
4 sudu besar rempah beriyani
1 cawan yogurt
3 sudu besar tomato puree
3 biji tomato - blend dgn 2 cwn air
3 cili merah - hiris
2 cili hijau - hiris
4 tangkai daun ketumbar

Bahan kisar:

5 bawang merah
3 bawang putih
3cm halia

Cara Penyediaan:

1. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan rempah beriani/ tomato puree/ tomato yg diblend - biar sampai agak pekat
3. Masukkan yogurt serta daun ketumabar dan ayam..Biar sampai ayam empuk dan kuah pekat
4. Last masukkan cili yg telah dihiris td.


Ayam Masak Madu



Bahan-bahan:

6 ketul ayam - digoreng
2 batang serai - diketuk
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
4 sudu besar sos cili
8 sudu besar madu

Bahan kisar:
1cm halia
1/2 bawang besar
8 cili kering

Cara Penyediaan:

1. Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang bersama serai hingga naik bau
2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau
3. Kemudian masukkan ayam serta sos cili/ madu
4. Biar seketika, gaul sebati. Sedia





dan yang terakhir..menu sampingan yang tidak mungkin dilupakan atau kata lain xlengkap la hidangan aku andai tiada menu ni...iaitu Jelatah Timun & Nenas dan Papadam.....



No comments:

Post a Comment