i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!

N3 tertunggakk.....


Menu makan2 sempena Mom's Day..Layanzzzzz

Nasi Ayam Sup Tomato
Sumber: CMG



Bahan-bahan:

4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 45 minit, toskan
4 cawan air
1 cawan susu sejat
1 cawan soup tomato
6 - 7 ketul ayam (mat guna bahagian peha dan dada), cuci bersih*
1 inci halia, tumbuk halus*
3 ulas bawang putih, tumbuk halus*
1 camca besar penuh rempah kurma*(*satukan, gaul rata dan perap 1 jam)
3 camca besar minyak sapi
2 helai daun pandan
1/3 cawan kismis
1/2 batang lobak merah, diparut memanjang
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

Bahan Tumis:

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
7 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
4 biji bawang merah, hiris
1/2 inci halia, hiris

Cara:

1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan 1 helai daun pandan dan ayam yang telah diperap tadi. Gaul rata dan masak hingga ayam kecut, jika perlu masukkan sedikit air dan masak hingga kering.

2. Masukkan beras, parutan lobak merah dan gual rata bersama ayam. Goreng sekejap. Matikan api.

3. Alih no. 1 tadi ke dalam rice cooker, tuang air+ susu sejat + soup tomato, baki daun pandan dan garam secukup rasa. Gaul rata dan masak hingga nasi kering. Tabur kismis dan biar nasi betul2 tanak. Kemudian gemburkan guna chop stick.

4. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Sedap dimakan bersama acar timun, paceri dan rojak..

NO: psstt...buat abg CMG mekasih byk2 sbb sudi share rcp yg mmg best2 sgt..smpai licin piyuk hehhe...mkn mcm tu jekk tanpa kuah pun dah sedap...n i'll make dis rcp as a rcp wajib..heheh.. thanks again!!


Dalca Daging
Sumber: CMG


Bahan-bahan:

400 gram daging, hiris dan rebus empuk (tp dah di tuko pd kaki ayam & leher..muahha)
1 biji terung bulat, dadu besar2
8 tangkai kacang panjang, kerat2 pada saiz 1 inci
2 biji kentang, belah 8 setiap biji
1 batang lobak merah, potong berbaji
1/2 cawan kacang dhal, rebus hingga empuk
2 biji cili hijau, belah 2 setiap satu
2 biji cili merah, belah 2 setiap satu
1 biji tomato, belah 8
1 keping asam gelugor
2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama baba's)
700 ml santan cair
200 ml santan pekat
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:

1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
2 keping hirisan lengkuas

Bahan Tumis:

1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari, dilurut
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris

Cara:

1. Rempah kari dibancuh bersama bahan kisar halus, kacau rata dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing.

3. Tuang bancuhan rempah kari, tu tumis hingga terbit minyak, gunakan api perlahan dan kacau selalu.

4. Masukkan kentang dan lobak merah, gaul rata dan masukkan daging bersama air rebusan. Tambah santan cair dan biar mendidih hingga kentang dan lobak lembut.

5. Tambah sayur lain, kacang dhal rebus, asam gelugor dan juga pati santan. Kacau rata.

6. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar masak sekejap dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api...boleh hidangkan..

NO: abg CMG...mekasih skali lg ya utk rcp dalca ni lak...n linda minta izin C&P kedua2 rcp ni k...

Acar@Jelatah Timun & Nenas


Bahan-bahan:

Timun
Nenas
Cili Merah
Bawang besar
Cuka
Garam/gula

Cara:

Just gaul jekk semua tu..ngeeeee


1 comment:

  1. Hello dari SEPANYOL Vigo, saya ingin mencari resep anda dan blog, foto yang indah, TE sigo dan mengundang anda untuk berkongsi resepi saya dan salam blog MARIMI

    ReplyDelete