i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!

Menu Lunch


Menu lunch hari ni masakan yang biasa2 ja..malas nk berceloteh panjang, jom nengok apa yg cek masak utk santapan kami sekeluarga...


Masak Lemak Cili Padi Udang + Kacang Panjang

Bahan:

1/2kg udang 
2 batang serai - diketuk
1 inci kunyit hidup - dikisar
10 cili padi thai - dikisar
santan pekat 
daun kunyit 
kacang panjang
2 keping asam gelugor

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak, dan tumis serai. Masukkan bahan kisar, tumis sekejap.
2. Masukkan santan, udang, asam gelugor. Kacau sebentar.
3. Masukkan kacang panjang dan daun kunyit, serta bahan perasa. Didih, jgn smpai pecah minyak. Siap.


Daging Masak Merah simple

Bahan: 

1/2kg daging batang pinang - hiris nipis
1 labu bawang besar - belah dua kemudian potong baji
6 biji cili padi thai - diketuk
3 ulas bawang putih - diketuk
1-2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar sos tomato
1 biji cili merah - hiris menyerong

Cara:

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih. Kemudia masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Gaul
2. Masukkan daging, gaul sebati, biarkan seketika.
3. Masukkan cili padi thai dan bawang. Biar hingga daging masak, jika kuah agak kering, tambahkan sedikit air.
4. Kuah dah agak pekat, masukkan cili merah dan bahan perasa. Siap!!


~Linda~

2 comments:

  1. cheq sedapnya lama tak masak lemak ni

    ReplyDelete
  2. hihi..kak mi..lauk kegemaran husband n ank2 tu...

    ReplyDelete