i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!
(Sambal Udang & Tauhu)



Bahan-bahan:
1 mangkuk besar udang saiz xl - dibersihkan
3 keping tauhu - potong 4 - digoreng
5 sudu besar cili kisar
2 sudu mkn sos cili
2 sudu mkn sos tomato
2 sudu mkn sos tiram
1 labu bwg besar - belah 2 - hiris nipis
2 ulas bwg putih - hiris nipis
Cara:
1. Tumis bwg besar & bwg putih hingga agak layu. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, sos tiram masak hingga pecah minyak dgn api perlahan.
2. Andai sambal terlampau pekat, boleh tambahkn sedikit air. Kemudian, masukkan udang serta tauhu.
3. Biar hingga udang msk sebelum dimasukkan bahan perasa. Masak dlm api yg sederhana besar.

pesttime.......

(Ayam Pandan rcp CMG)



BAHAN-BAHANNYA:
400 g daging ayam bahagian dada
18 - 20 helai daun pandan yang BESAR
Lidi penyucuk secukupnya
Minyak untuk menggoreng terendam
BAHAN PEMERAP:

1 camca besar cincangan bawang putih
1/2 camca besar cincangan halia
2 camca besar santan
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap pekat
1 camca teh minyak bijan
2 camca teh gula
2 camca teh serbuk lada sulah

CARA MEMBUATNYA:

1. Cuci daging ayam, potong kiub 1 x 1 inci dan gaul bersama bahan2 perap dan perap dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam.
2. Kemudian keluarkan ayam dan bungkus menggunakan daun pandan. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dan goreng hingga masak (goreng 5 - 6 bungkus sekali), kurang lebih 4 - 5 minit.
4. Angkat, toskan dan letak atas paper towel dan biar minyaknya terserap. Buat hingga siap.

note: pssst CMG linda copy & paste yekk..malas arr nak key-in blik...n linda xpakai lidi sbb balut ayam tu lebih kurang cam balut ketupat..hehhe...sedap!! tens ya CMG :))


Nakal.....



Salam suma....

Korang tgk la apa yg telah terjadi pada my 2nd son mggu lepas...yg ni mmg nakai..xreti duk diam..keja dok gaduh ngan abg dia ja...xpasai2 kening tu dah bertanda...hmmm...minta2 la kocik2 ja nakai sok besaq ...sejuk perut ibu ngandung...ye...

Ri tu la..aku call hubby nk tnya dia nk mai amik aku kul bapa...tup2 dia kata dia kat umh MIL nak p HKL..aku cuak la..mcm2 dok lam kepala otak time tu...suma perkara yg buruk2..bila aku dok desak pasai pa, baru dia nk habaq kat aku yg angah tu kening dah terkoyak...time tu mmg surprise gila, toreh muka pun darah xnak kuar agknya..hubby aku tu memula xmo bgtau kat aku sbb dia takut aku nangis..aku ni kan sensitip..

Bila dpt tau apa yg telah trjadi..aku suwuh hubby aku terus pickup aku kat opis time tu gak...masuk jekk kat dlm kete, aku tgk si angah tu cam xde apapa pun..relax jekk, cam xsakit lgsung...yg along lak diam seribu bahasa sbb baru pas kene marah ngan abh dia...

On da way p HKL tu..ya Allah, anak aku si angah ni mmg jenis yg tahan lasak agaknya...xreti2 duk diam...cam kucing nk beranak pun ada gak...sket pun dia xkisah kat kening dia...ermm

Smpai kat HKL lain lak cite dia...nurse tu cuci kening dia n letak la antiseptik, tp dia buang..aduhhhh...geram!! pastu time nak check lak, xreti dok diam..abis suma benda atas katil dia nk capai..doktor tu pun satu, kertas berselerak atas katil..kot ye pun kemas la sket time sblm check patient...hmmm

Pas check tu, aku diarahkn bwk si angah tu amik ubat tido...pas dia tido kena trus bwk g lab pembedahan tuk jahit dianye kening....tetapi...malang tul doktor tu..ank aku xsmpai 10min dah sedaq...terus duk nangis..so, kesudahannya kening tu juz di gam...camno nak jahit, awai g dah bgun..mmg x brkesan la ubt tido tu...

Skunk ni..alhamdulillah, kening dia dah beransur kering...Angah!! Angah!!


Mee Rebussss

(MEE REBUS versi FAMILYKU..)



Bahan-bahan:

2 bungkus mee kuning - peket besar
1kg tulang & daging tetel
2 biji keledek kuning - direbus & kisar
1/2 biji labu kuning - direbus & kisar
1 cwn kacang tanah - digoreng & dikisar kasar
1 mangkuk udang sederhana besar
5 sudu besar cili kisar
5 keping asam gelugur

Bahan hiasan:

Tauge - dicelur
Tomato - dibelah 2 & hiris nipis
Limau kasturi/ nipis - dibelah 2
Tauhu - digoreng & potong dadu
Daun sup&daun bwg
Bawang goreng

Cara:

1. Rebus tulang & daging hingga empuk. Masukkan ubi keledek & labu kuning yang telah dikisar halus.
2. Kemudian masukkan cili kisar serta kacang tanah yang telah dikisar. Biar seketika sebelum dimasukkan udang.
3. Masukkan asam keping dan perasakn garam/ gula/ serbuk perasa. Kuah kena sentiasa dikacau supaya bahagian bwh tidak melekat dan hangit.
4. Pastikan kuah tidak terlalu cair & tidak terlalu pekat. Sedia untuk dihidang...

Note: Untuk melembutkan tulang dan daging dengan cepat, korang semua boleh masukkan antara 4 ke 6 biji buah kurma.. InsyaAllah...hasilnya mmg membanggakan... :)





(Hati & Kentang Masak Jintan)



Bahan-bahan:
1 mangkuk hati ayam
2 biji ubi kentang - digoreng
1 labu bwg besar - dipotong bulat
2 ulas bwg putih - hiris
1 cili merah - dipotong serong
1/2 inci halia - dihiris memanjang
2 sudu mkn jintan
1 sudu mkn serbuk paprika
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk cili kasar
Cara:
1. Tumis bwg besar, bwg putih, halia, cili merah hingga agak layu.
2. Masukkan hati ayam dan biar seketika hingga air kering.
3. Masukkan kentang bersama2 dgn serbuk paprika, serbuk kunyit, serbuk cili kasar dan jintan. Perasakan.
4. Gaul sebati dan biar hingga kuah agak pekat sebelum dihidang.


(Ikan siakap 3rasa versi campak2)



Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap - digoreng terlebih dahulu

10 cili padi - hiris halus
2 cili merah - hiris nipis
2 bwg putih - diketuk
1 labu bwg besar - potong dadu
1 tangkai daun limau purut - hiris halus
cili kisar
sos tiram
sos cili
sos tomato

Cara:

1. Tumis bwg besar, bwg putih, cili padi, cili merah hingga agak layu.
2. Masukkan cili kisar, sos tiram, sos cili dan sos tomato serta bhn2 perasa.
3. Biar kuah agak pekat sebelum dimasukkan daun limau purut.
4. Dah pekat..tutup api n curahkan kuah ke atas ikan...


(Lontong Goreng)



Bahan-bahan:

1 peket besar nasi himpit - dipotong dadu
1 mangkuk kecil isi ayam
1 labu bwg besar saiz sederhana - dibelah 4 n hiris nipis
2 ulas bwg putih - diracik halus
2 biji telur
carrot - dihiris memanjang
bunga kobis - hiris kasar
cili kisar
sos cili
sos tomato
sos tiram
kicap
sos ladaitam

Cara:

1. Tumiskan bwg besar n bwg putih hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap, sos ladaitam, garam/gula/serbuk perasa.
3. Kalau terlampau pekat, tambahkan sedikit air dan masukkan 2 biji telur yang telah dipecahkan td.
4. Masukkan nasi himpit serta sayur-sayuran. Gaul sebati dan agak kering, angkat.





(Ayam Masak Merah)



Bahan-bahan:
15 ketul ayam - digoreng
2 Bwg besar *
2 ulas bwg putih *
2 inci halia *
20 cili kering *
1 biji tomato *

bhn * dikisar halus
2 btg serai - diketuk
sos cili
sos tomato
1/2 tin kecil kacang peas
1 labu bwg besar - dipotong bulat
Cara:
1. Tumiskan serai hingga naik bau dan agak kekuningan. Kemudian, masukkan bahan yg telah dikisar dan perlahankan api. Biar hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos cili dan sos tomato gaul seketika. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
3. Masukkan ayam yg telah digoreng terlebih dahulu bersama bwg dan kacang peas.
4. Gaul sebati biarkan seketika sebelum api ditutup.



Deko...deko

Tempahan kek yg sempat aku siapkan sebelum bercuti ri Jumaat lepas...huhu..mcm2 godaan nak siapkan kek seberat 1kg lebih ni..apalagi klu bkn godaan anak2 aku tu..mcm2..dorg pun sibuk nak mendecorate sama, smpaikan abis dapur aku dorg wat..berterabur sana-sini...time tu mula la angin kus2 dtg..apapapun..akhirnya, kek ni siap juga dan telah pun selamat smpai ke tangan empunya order dan dah selamat dihadam pun..ngeh..ngeh..tens ya to acik melan sbb sudi order kek kat aku walau pun tau aku ni xberapa pandai nak deco2 ni...byk g yg nak kena blajaq ni..papapun puas ati gak sbb dorg suke...ma kasih!!..lupa lak nak amik gambo kek sblm di deko, aku wat 2 lapisan, lapisan bwh kek orange n atas moist choc..








Curry Mee

(Mee Kari Linda's Family)





Bahan-bahan Kuah:

1 Bawang besar - dibelah 4 n dihiris halus
2 ulas bwg putih - hiris halus
3 cm halia - dihiris halus n memanjang
1 mangkuk kecil ikan bilis - dikisar
2 peket rempah kari ikan
2 tin sambal ikan bilis
santan - 1 1/2 biji kelapa

Cara:

1. Tumis bahan-bahan hiris hingga naik bau. Kemudian, masukkan rempah kari , ikan bilis yg telah dikisar, sambal ikan bilis dlm tin n kacau hingga terbit minyak.
2. Setelah rempah agak sebati, masukkan santan dan perasakan.
note: Kuah ni selalu mmg masak kosong..

Bahan-bahan:

2 peket mee kuning - dicelur
tauge - dicelur
sawi - dicelur
fishball/fishcake - rebus
tauhu kering - dicelur
psst..korang leh letak apa yg korang suka, aku selalunya bhn tabur atas guna bahan2 yong tau fu..Then, dah letak suma dlm mangkuk baru masuk kuah...

 









GERAM!!!!! NTAH APSAL LA TENET NI TERUK SGT..SATU PIXS PUN XLEH NAK LOAD..DAH LA BRU NAK HUPDATE N3 BARU SBB DAH LAMA XBERSIARAN..HUHU, SEDEY... :(

Jamuan Hari Raya Emedia Nstp & Resource Centre 2009



Salamzzzzz....slamat tgh ari suma!! Hari ni aku beraya sakan coz ri ni opis aku wat jamuan ari raya..bukan stakat raya sakan tp makan pun sakan oiii...huhu, lg lambat la aku nak kuruih ni..asyik disogok oleh mkanan yg sedap2 jekk..camne ekk?? tulun..tulun...

Tapi menu ri ni mmg best arr..byk tul smpai pening kpala aku dok pikiaq apa la nak mkn..bru mkn sket dah kenyang..huhu..bila jenguk kat meja utama..lorr byk lg la mknan yg aku lum rasa.. waaa....gumuk lg la aku pasni... Antara menu ari ni nasi tomato, soto, mee kari, laksa, satay, kek, popia, roti jala n mcm2 lg la.. kira stok smpai ke petang lerr...tmbh2 jejaka2 kat opis aku ni g sembahyang jumaat, so yg tinggai suma staff pompuan..apalagi...raya sakan beb.........mkn...mkn...dan makan lg....

K la, jap g aku masukkan pix yekk..skunk aku nk p hupdate facebook jap..hihi :)... bkn p mkn tau..heheh




(Mkn time...suma pakat p serbu ramai2..)




(Yg xberpakaian bju melayu ialah tetamu jmputan dari IT Department)



(My boss...tgk bz memanjang smbil mkn pun sempat wat kije...)



(Our teammms.....)


Jumpa ngan Kak Wawa (raya3)

At last...aku dpt jua bersua muka n mengenali akak yg comei ni..kocik je orgnya..heheh..aku gak yg besaq..wakaka...

Mmg awai2 lg dah plan ngan akak kat opis aku ni yg merangkap kwn kak wawa gak..mulanya ngat nak surprise kan dia..alih2 ermmm xjadik..waaa...hampeh tul..plan baik punya, camna leh tersilap teknikal pun xtau..huhu...

Apapapun mmg hepi la jumpa kak wawa..mula2 tu aku malu gak, yo la pestime jmpa meremang gak la..tp bila dah jmpa huhu...peramah org nya..suke...suke... Hubby aku lg suke sbb dpt makn maknan kampung kegemaran dia...huh...tp betui la kak wawa..hubby kata klu tiap2 raya nak ajak p umh kak wawa lg pun xpa..heheh...sbb dia bleh rasa masakan kg lg...hihi.. k la ni pic dari we all...

Tens ya to kak wawa n family... :) n sory la sbb anak2 linda tu nakai sesangat..hehe





(tgk la tu..my 2nd son ni mmg nakai sket..geram jekk...)

Besday my sis (21/09/09) & my son (23/09/09)

Tahun ni ceq balik beraya kat Sg.Petani, tu pun 3 ari jekk sbb raya ke4 dah kene kije..tp hubby syok la sbb dia cuti kat seminggu...xaci kan...but ok la sbb dpt beraya ngan semua family..hepi sesangat..

Ermm kebetulan raya 2 tu jatuh besday adik linda yg 2nd last tu, so kitorang pun decide wat open house n wat sambutan besday tuk adik linda n my 1st son...ank linda tu kitorang celebrate awai 2ari , ala bukan lari jauh sgt pun date dia kan...yg penting dorg suma hepi sesangat...

Tambah2 semua ahli keluarga dtg berkumpul kat umah...tu yg meriah sket tu...da mcm2 menu antaranya mee rebus, laksa kuah putih n makaroni sup...mmg best la..kiranya ari tu kije mkn jekk..heheh...camno nak kuruih ni??

k la, korang layan je la pic ni ekk...














Cak..Cak...


Salamzzz suma...

Dah kat brapa minggu linda xhupdate blog kan..ermm bukan apa, mcm2 hal yg berlaku kebelakangan ni...dengan nak pindah umah, ngan satu family kena sakit mata, keje kat opis dah bertambah...hmmm, tu yg xsempat nak menghupdatekan blog ni..Maaf ye!!

Pada sesapa yg tinggalkan msg kat shoutbox tu, linda minta maaf bebanyak sbb xsmpat nak reply...apapapun msg tu suma linda dah baca...tens ya pada korang suma... :)

Now I'm back........huhuu