i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!
Ikan Siakap (main campak2)



Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap - disalut tpung jgung - goreng
1/2 labu bwg holland - didadu
8 cili padi - dipotong kecil2
2 btg serai - dihiris halus
sedikit sos tiram
sedikit sos tomato
sedikit sos cili
sedikit kicap cair
sedikit pea tomyam

Cara:

1. Tumiskan bwg, cili, serai hingga garing.
2. Masukkan semua jenis sos dan biar hingga agak pekat. Tutup api.
3. Letakkan ikan di atas pinggan dan tuangkan sos td ke atas ikan.



psssttt...aku xtau nak masak pa..hahah..so aku bantai jela dgn segala jenis bhn2 yg ada dlm esbox tu...heheh...walau men cmpak2 sedap gak...bg tekak aku la....








Daging Goreng Kunyit



Bahan-bahan:

1/2kg daging batang pinang - dihiris nipis - gaul dengan kunyit
1 labu bwg holland - dihiris kasar
1 cili merah - dipotong serong
1 cili hijau - dipotong serong
1/2 inci halia - dihiris memanjang
sedikit kacang panjang

Cara:

1. Tumiskan bwg, cili merah, cili hijau dan halia hingga agak garing.
2. Masukkan daging yang telah digaul dengan kunyit terlebih dahulu.
3. Masukkan garam n kacang panjang dan biar masak hingga agak garing.






Masak Lomak Kubis dan Kacang Panjang



Bahan-bahan:

1 mangkuk udang sederhana
1 mangkuk sayur kubis
5 batang kacang panjang
1 labu bwg besar - belah 4
santan - 1 biji kelapa
1 cili merah - dipoyong serong

Cara:

1. Satukan semua bhn-bhn ke dalam periuk.
2. Masukkan santan dan masak atas api sederhana. Sentiasa kacau agar tidak pecah lemak.
3. Perasakan garam. Sedia.



pssttt...lauk tambahan dia...cari ikan2 kering or pekasam n sambal belacan n ulam-ulaman jekk..baru terangkat!!!






Gulai Nangka Tumis Darat



Bahan-bahan:

1 bungkus nangka muda
1 pek rempah kari ikan
2 1/2 sudu makan serbuk kunyit
segenggam ikan bilis
Santan - 1 biji kelapa
3-4 keping asam gelugur

Cara:

1. Satukan rempah kari dan serbuk kunyit ke dalam periuk. Tumiskan rempah seketika tanpa menggunakan minyak.
2. Dah agak kering, masukkan pula nangka yang telah ditoskan terlebih dahulu. Masukkan juga ikan bilis.
3. Masukkan santan dan sentiasa kacau agar tidak pecah minyak. Bila hampir mendidih, masukkan pula asam gelugur dan garam.

Bahan Tumis:

5 biji bawang merah - hiris halus
4 tangkai daun kari
segenggam ikan bilis
sedikit minyak untuk menggoreng.

Cara:

1. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan tersebut hingga agak garing.
2. Tutupkan api. Tuangkan bahan-bahan tumis tersebut bersama-sama dengan minyak ke dalam gulai nangka td. Siap.






Nasi Goreng Udang (versi anak-anak)



Bahan-bahan:

3 ulas bwg putih - dihiris halus
1 mangkuk sayur campur
1 mangkuk udang sederhana
nasi lebihan semalam
1 cili merah - dipotong serong
1 cili hijau - dipotong serong
sedikit serbuk lada putih/hitam

Cara:

1. Tumiskan bwg putih hingga naik bau.
2. Masukkan udang dan sayur campur. Goreng seketika.
3. Kemudian, masukkan pula garam bersama-sama cili yang telah dipotong.
4. Last, masukkan nasi dan serbula lada. Siap.






Nasi Lemak



Bahan -bahan:

4 cawan beras
2 cawan santan
3 helai daun pandan
garam secukupnya

Cara:

1. Masukan semua bahan dlam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
2. Bila nampak nasi kering, kacau rata dan tutup semula tudung.


(Klu nak dptkan hasil nasi lemak yg jenis berderai..sukatan air tu jgn terlalu lebih n jgn terlalu kurang...InsyaAllah!!)

Bahan Sambal:

ikan bilis - goreng sekejap jgn sampai garing
2 senduk cili kering mesin
3 labu bawang besar - dimesin
sedikit air asam jawa
2 labu bawang besar - mayang kasar
garam
gula
minyak untuk tumis

Cara:

1. Tumiskan bahan yg dimesin sehingga wangi.
2. Masukkan air asam , ikan bilis, garam, gula dan bawang besar.
3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendidih dan pekat dengan api perlahan.
4. Bila dah naik minyak baru angkat.









Kuih Lopes (resepi dari tulip77@myr)



Bahan-bahan:

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
*** air gula ***
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air


Cara:

1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.

2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
*** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.




pssstt..aku c&p jekk...pd tuan pnya resepi..jgn mrh ekk!!..tens sbb sedap sgt, hubby n anak2 suka sgt!!






hohooho...dah lama aku x hup-dated blog aku kan...sowie la, lately ni bz bangat ngan keje yg dok menimbun tu...bos aku asyik suwuh aku ja...smpai dah nek jemu nak menghadap kerja yg xsepatutnya cek kena wat...uwaaaaaa!! tp apa dayaku?? nak melawan dah tentu2 xbole...seb bek aku sedar ni bkn company mak bapak aku yg aku leh wat suka ati...waaaaaaaa....aku ni mkn gaji jekkk....kuang2..bile la leh da company sendiri ni??? ermmm..lambt lg ler gamaknya...tp xpe "usaha itu tgga kejayaan" cheeewaaaah....chaiyo linda...chaiyo!! chaiyo!!...

huh..school holiday dah start..walau anak2ku xsekolah lg tp aku still terasa bahangnya.. hahaha...maklumla, bila start jekk cuti skolah..mulalah perebutan tarikh kenduri...hua..hua.. sana sini asyik kenduri jekk..klu cmni la...lmbt lg la aku leh "slim" blik..hahahah..kekadang tu stu ari..mau2 kena panggei kenduri 2-3 tmpat...tp xpe klu kita xegi utk memeriahkan majlis...sapa lagi kan??

ok lah...aku xmo story pepanjang lebor kang korang gak buhsan nak baca..dah..dah...p la sana!! aku nak hup-date n3-n3 yg dah lama terperuk kat dlm box hp aku...






Sup Ikan menu berbuka puasa aku hari yg lalu..sedap lak bila sesekali wat sup ikan. Tp aku gunakan ikan siakap sbb time aku nak tu dlm esbox aku xda ikan len.. tu la saki-baki peninggalan dari bli kat pasar borong ahad mggu pas..xpelah..janji ikan kan...puas la jugak mkn...heheheh!! Lawan lak ngan sambal udang petai yg aku wat tuk hubby aku...ntahlah hubby aku ni petai xmkn tp klu wat smbal udang or ikan bilis, sure minta aku letakkan petai..katanya nak amik bau jekk....hai, macam-macam peel..sib bek la aku dah pandai mkn petai..ahhaha...



















Masak Lomak Cili Api Udang



Bahan-Bahan:

1 kg udang
20 biji cili api
1 1/2 inci kunyit hidup
1 ikat pucuk paku
2 biji santan - pekat

Cara:

1. Masukkan cili api dan kunyit yg telah dikisar kedlm periuk bersama-sama dengan udang serta santan.
2. Masak di atas api yang sederhana. Agak udang dah kekuningan, masukkan pucuk paku yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Haruslah dikacau selalu agar santan tidak pecah minyak.
3. Akhir, perasakan dengan garam..










Aritu aku telah men"try" order frozen karipap dengan member se"opis" aku...ermm, hasilnya..not bad, kira sesuaila ngan tekak aku n family aku...pas ni nak order lg la untuk dijadikan buah tangan untuk jiran aku yg akan mengadakan kenduri kahwin anak dia hujung bulan ni...so, korang layan jela gambo ni ekk...












Sup Ayam

Sup Ayam versi Linda



Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - potong sederhana kecil
2 biji ubi kentang - belah 4
1 mangkuk kobis
1 btg carrot
1 biji tomato - belah 4
1 kiub pati ikan bilis
1 mangkuk hirisan daun bwg/ daun sup
6 biji bwg merah - dihiris

Cara:

1. Rebuskan ayam bersama kentang dan carrot. Biar agak empuk.
2. Masukkan kobis dan kiub pati ikan bilis serta garam. Biar didih.
3. Panaskan minyak dlm kuali berlainan, dan goreng hirisan bwg merah hingga kekuningan. (minyak jgn terlalu banyak)
4. Sendukkan bwg goreng (bersama minyak) dan curahkan ke dlm periuk sup. Taburkan dengan daun bwg serta daun sup.








spagetti & pizza


Dinner smlm aku xtau la nak masak pa...dah tu aku blik smlm pun kul 6.30..aku wat O.T. 1 jam..tu yg bila smpai kat umah tu rasa cam lotih jo...padahal bukan nak kena pikul batu-bata pun..juz mengadap pc ni jekk...tp punggung ni dah kematu la..dok ja kat kusi xbgn2...nak kejar masa...hihih..struggle tul!!.. tu la, hubby aku ajak mkn kat kedai xmo..kunun2 nak blik umah la nak masak mkn ngan anak2..tp smpai umah len jdinya...tu la, xmo dengar ckp laki lg kan..PADAN MUKA aku..hiihi...ermm..pikiaq2 pnya pikiaq smbil dok berbaring atas kusi (lotih bebenor la gamaknya..) bru tingat ada spagetti n pizza segera...aku pun sengih2 kambing kat laki aku...idea dah mari katakan...pastu tuk sos spagetti lak aku wat guna resepi sheperd-pie ri tu...heheh...seb bek la bhn2 balance wat ri tu ada g...xyah poning2..wat je!!..huh..dgn susah payahnya nak mangkit dri kusi tu..cam da gam melekat lak...dah tu rasa dapur tu cam jauh ja..padahal jln xsmpai 5 min pun dah smpai.."tu la kalau dah malas tu mcm2 alasan"...kata hubby aku...aku pun sengih lg..(cam kerang busuk pun ada gak ni..) Hubby aku pun dgn brlagaknya tnya aku "hah, mana bhn2 yg nak masak tu..." (aku ngan muka terkejut, sambil garuk2 kepala, ishh...biaq betoi..dia nak msk ke?? kang sapa pun xleh mkn..ahhaha)..ghopanya dia cuma nak tlg hiris ja...xbeshh lgsung..tp baguih gak klo x spageti tu mmg xjdikk ghupa spageti ler gamaknya... Hubby aku ni klo suwuh masak nasi ke goreng ayam/telor n megi pakar ler.. yg len tu jgn la disuwuh wat...muntah2 kang org yg mkn tu dek keracunan mknan..hahah..ya ampun...jgn marahh ye bang!!......tp kan keje aku bertmbah mudah bila hubby sanggup nak nolong..pastu piza segera yg aku beli kat pasaraya tesco tu pun dia yg panaskan...aahhh..lega...Akhirnya....






psst: resepi spagetti tu p la rujuk kat sheperd-pie...sedap gak....ermmm...delicious...yummy!!!








Sayur Campur versi Linda



Bahan-bahan:

3 keping dada ayam - dipotong dadu
1/2 biji brokoli
1/2 biji bunga kobis
6 biji cendawan butang
1 biji cili merah - potong serong
3 biji bwg putih - dicincang halus
sos tiram
1/2 biji bwg holland - dihiris halus

Cara:

1. Tumiskan bwg putih dan bwg holland.
2. Masukkan dada ayam. Kacau seketika.
3. Masukkan sayur-sayur dan sos tiram. Agak pekat; tambahkan sedikit air.
4. Masukkan pula cili merah. Kacau dan sedia.


pssst: sayur jgn masak terlalu lama..nnt xsedap!!!!!!








Lala Masak Sambal(mngguan wanita)



Bahan-bahan:

1 kilo lala - dibersihkan
15 cili kering*
1 biji bwg besar*
2 ulas bwg putih*
1 biji tomato - belah 4
2 cili merah - potong serong
2 cili hijau - potong serong
1 biji bwg holland - hiris
2 batang serai - diketuk

Bahan Sos:

Sos cili; sos tiram; gula; garam

Cara:

1. Tumiskan serai yang telah diketuk hingga keperang-perangan.
2. Kemudian masukkan bhn2 yg bertanda* yg telah dikisar terlebih dahulu. Biar agak garing dan terbit minyak.
3. Masukkan lala; gaul rata. Masukkan pula sos cili; sos tiram; gula; garam. Gaul sebati.
4. Agak pekat, masukkan pula bahan hiris dan kacau seketika. Siap.






n3 yg tertangguh 2-3 ari lepas...bkn n3 best2 pun cuma nak berkongsi..time aku off ritu xtau la nak masak pa tuk mkn lunch..kang time lunch hubby aku blik mkn kat umah...ermm pa nak masak ekk?? buka peti esbox tgk yg ada cuma stok lala n ayam jekk...xkan nak masak ayam plak kan..asyik ayam jekk...muka pun dah mcm ayam..hehehe...so, aku decide nak masak lala..oo..lala..pastu memandangkan ada sayur-mayur yg dah nak monopous tu..aku pun apa lagi..terus la mencurahkan bakat ku kat dapur...dgn harapan lauk ni dpt wat hubby aku mkn bertmbah2..hihii..








pssttt: resepi kang aku tepek ekk....


Jeng..jeng..jeng...ni la project aku yg dinanti-natikan selama ini..heheh...dah lama dah dok ngidam nak makan "sheperd-pie" ni tp xpernah2 tertunai pun (ngalah org pregnant plak!!)...konon2 kini; tertunailahhasratdihati, sorry yekk kak ina..pnjam jap identiti kak..tu yg pas mkn lunch tu terus aku bertapa kat dapur..dah kobar2 ni, klu xjdik tu mmg hangin stu bdn tu la..tp alhamdulillah.. akhirnya, inilah hasil air tangan ku khas utk santapan aku sekeluarga di petang kelmarin...resipinya?? xtaula spa punya ni aku copy & paste je la..pd tuan punya...tima kasih byk2 sbb sudi share resipi yg sedap bangat ni.. : )

Sheperd-Pie



Bahan-bahan:

1kg kentang - rebus bersama sedikit garam
1 cawan susu segar
serbuk lada putih secukupnya
Kupas kulit kentang dan lecek hingga hancur bersama susu segar dan pepper. Ketepikan.

Inti:

400g daging cincang
5 batang sosej - didadu
5 butir cendawan butang - dihiris
1/2 batang lobak merah - parut kasar
1 paket serbuk kari daging
1 biji bawang holland - didadu
2 ulas bawang putih - cincang
sedikit halia - racik halus
1 mangkuk kecil sos tomato
1/2 mangkuk kecil cili sos
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
3 biji tomato - hiris

Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia sehingga wangi.
3. Masukkan serbuk kari dan semua sos, kacau hingga naik minyak.
4. Masukkan daging cincang, kacau rata. Biar hingga daging masak dan kering sedikit airnya.
5. Masukkan sosej, cendawan dan lobak merah. Gaul rata. Perasakan garam dan gulanya. (Kalau guna serbuk perasa tak payah bubuh gula).
6. Biar seketika sehingga semua bahan masak keseluruhannya.

Penyediaan Pai:
1. Panaskan oven 180 darjah
2. Sediakan loyang pembakar yang telah dilengser butter. 3. Ratakan separuh kentang lecek di dasar loyang.
4. Lapiskan dengan inti daging cincang yang siap dimasak tadi.
5. Susun tomato hiris diatasnya kemudian tutup dengan separuh lagi kentang lecek.
6. Taburkan sedikit butter di atasnya. Bakar selama 45 minit atau sehingga kentang keperangan.






menu lunch kelmarin..aku juz masak simple jekk sbb ptg tu nak wat project kat dapur sket...juz wat bihun tomyam yg xmenyengat lgsung sbb takut along n angah xleh mkn lak bila pedas sgt.. so korang tgk je la gambo tu..aku snap khas tuk tatapan korang..











Keladi Masak Asam



Bahan-bahan:

3 btg keladi - direbus
20 cili kering*
1/2 belacan*
1 bwg besar*
3 ekor ikan kembung - direbus/ diambil isi
1 mangkuk air rebusan ikan
5 keping asam gelugur
secekak daun kesum

Cara:
1. Keladi direbus terlebih dahulu dalam periuk yg berlainan.
2. Tumbuk bahan2 yg bertanda * hingga lumat.
3. Masukkan bhn yg ditumbuk ke dlm periuk beserta air rebusan ikan.
4. Masukkan pula daun kesum; asam keping dan isi ikan yg telah diramas (separuh lumat).
5. Biarkan seketika. Masukkan pula keladi dan perasakan dengan garam.




Kad dar Kak Fatinz aka Princessfive

Kad dari Kak Fatinz...tq so much 4 da nice card!!






Kad dari Kak Wawa

Kad ni dtg dri jauh tau...dari akak wawa yg dok kat perantauan nun di sana..."kak wawa..linda dah tepek kat umah linda...akak jgn lupa amik kad ekk bila sggah kat umah!!"