i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!

Seharian kat opis..huhuhu

Salam......yezza...huhu...korang suma mesti tgh masak tuk dinner..ntah2 dah ada yang dah menjamu selera...aku gak yang masih setia di depan pc ni...tau knapa..kerna aku stayback smpai kul 7.30mlm..nmpknya xde arr xtiviti memasak ri ni sbb aku betul2 letih..ni pun dah da n3 baru yg xsempat aku nak post kan...so, tgu je la n3 baru dari aku yekk..sbb smlm aku smpat membaking kan diri kat dapo tu..yela, semlm aku off sempatla mencuba beberapa resipi barukan...diet ttp diet..masak ttp masak!! heheh.... walau se'bz manapun aku..ttp sempat skodeng2 kat umah korang...heheh...mencari resepi yg menarik giteww utk ku mencuba... ntah dah berapa tebal koleksi aku pun xtau...asal nak cuba resepi baru jekk nengok note ... tp puah ati oittt... sok ni bile aku dah bukak restoran pasti aku akan pergunakan tiap resepi yg aku dpt dari sini...insyaAllah...moga kan tercapai cita2 ku satu hari nnt untuk mempunyai 2buah kedai makan....dream...dream..dremzzzzz........

k la...lenkali kita bersiaran lg ya!! dah nak kemas ni..nak blik umah...babai suma!!!

Sambal lagi...

Sambal Tumis Ikan Bilis & Petai



xtau la kan.. kenapa aku suke sgt ratah sambal ikan bilis cenggini.. memandangkan aku hadkan nasi...aku meratah je la lauk2 ni...tp yg xbest tu sedar2 ikan bilis dia jekk yg abis petai dok berendam lg dlm mangkuk tu...nak harapkan hubby aku...dia pun cuma mkn ikan bilis jekk... sayang...sayang...satu pembaziran ...tp, xkan nak paksa diri jugak kan...hmmm... walau apapun dis sambal mmg sedap...kena plak ngan ikan tenggiri masam kan...tu la yg aku masak tuk lunch smlm... cuma aku jekk..kena tahan nafsu...sabar2!!...hihii







Ulam-ulaman

Kerabu Mangga & Ulam Raja



Bahan-bahan:

1 mangkuk isi kerang
2 biji mangga muda - hiris memanjang
Rm2.00 ulam raja - hiris
1 bawang besar - belah 4 (hiris nipis)
2 kuntum bunga kantan - hiris halus
10 cili padi* (nak pedas tambah lg..)
1 1/2 inci belacan*
1 mangkuk kecil kelapa parut* (putih shj)
garam/gula
sedikit santan pekat

Cara:

1. Tumbuk lumat bahan-bahan yg bertanda (*) bersama-sama dgn garam dan gula.
2. Satukan bahan-bahan hiris serat kerang di dalam bekas dan gaul rata.
3. Kemudian, masukkan bahan tumbuk tadi bersama dengan santan pekat. Gaul sebati.







Majlis Isra' & Mikraj

ni la gambo yg sempat aku snap sesudah bertungkus-lumus menyediakan juadah tuk para tetamu...ramai gak ghupanya yg dtg menolong...huuhu...tima kasih la pada makcik2 termasuk MIL aku yg sudi tolong siapkan bahan2 tuk dimasak...hilang sket penat aku sbb terpaksa berkejar dari opis tuk sampai kat umah secepat mungkin...akhirnya...kini pasti...hidangan ku bakal jadi santapan para tetamu....Antara menunya ialah; masak lemak cili padi nenas & ikan talang, asam pedas kepala ikan tenggiri, ayam goreng, sup ayam, sayur kobis & carrot, kari kambing dan kerabu mangga & ulam raja.....jemput semua!!







Nasi Lemak lagi.......

Kali ni aku wat nasi lemak sambal sotong kering...wehhh...sedap bangat ni...dah lama xmkn sambal sotong kering,,sesekali kena penangan, huh mau bertambah2 tp memandangkan aku tgh mengehadkan pengambilan nasi ni...terpaksa la tahan nafsu sket..huuhu... sapa nak beli mai2..


(ni part tuk isi perut aku n hubby..hubby bawa bekal p kije..)


(ni lak nasi lemak tuk anak2 aku...sedap lak bila nengok depa mkn cmni jekk..)


(bungkusan yg pertama...teruja x?? sedap oittt!!!)


(mai-mai..juai2...murah ja 50sen 1bungkus...sapa nak beli..juai2)



Simple ....

Singgang Sotong



Bahan-bahan:

Sotong
Cili padi - ketuk
Serai - ketuk
Bawang merah - hiris

Cara:

korang rebus jekk naik...ni time memalas ni elok la masak camni...xyah poning2 pikior nak masak pa...sedap gak bila mkn..laju jekk hirup kuah tu...pedas2 manis gitu..ahak!!



Besday wish 4 Kak CT

BOO WHAT K. CT:








terimalah dengan seikhlas hati ye kak...xde apa nak kasi..juz wish u a happy life, moga dimurahkan rezeki; dipanjangkan umo n sihat sokmo....walau xbrapa nak kenai, tp ttp menjadi sahabat di alam maya...moga kan bersua satu ari nnt...akak...besday yg ke berapa ekk??



Salam suma..huhu..ri ni aku wat OT, tp dlm masa yg sama xsabaq nak blik umah..sbb ri ni kat surau kat umah aku da kenduri sempena Iskra' & Mikraj ni.. kira aku pun terbabit gak la tuk sesi2 memasak lauk tuk dinner mlm kang kat surau...tp, memndangkan aku kije terpaksa la aku pegi pas abis kije...mmg kelam kabut sket la sbb aku pun salah seorang penyumbang tenaga kat surau tu..hihi...dah tu mlm kang sepupu aku yg dok ngajaq kat Rompin nak dtg umah nak amik brg2 dia..nak xnak kena la masak something tuk dia kan...tu yg tgh poning ni..pa la aku nak hidangkan kat dia n hsbnd dia..ermmm?? any idea??....




Steamboat...delicious



sedap..sedap...juz pakai rice cooker jekk snang tau...pada sapa2 yg nak try ni leh arr..aku juz angkut rice cooker tu kat ruang tamu, n mkn ramai2...pes sup dia aku cuma pakai pes tomyam..ishh, mmg sedap la..n sos dia aku c&p dari blog kak siti. tens ya kak siti...

Sos steambot

8 biji cili besar*
2 ulas bawang putih*
3 sudu sos ikan*
2 sudu minyak bijan*
1/4 cwn cuka*
1/4 cwn air*
garam & gula secukupnya
1/2 sudu kacang tanah*
Bijan
Daun ketumbar

Cara:

Masukkan bahan bertanda * di dalam pengisar. Kisar sebati. Masak di atas dapur sehingga sos menjadi sedikit pekat. Sejukkan. Bila nak hidang masukkan bijan & daun ketumbar.



Sup Sayur (tuk org yg diet..haha..)



simple, mudah n cepat...suma rebus naik n perasakn dgn garam. Dimakan tnpa nasi..kuang..kuang..kuang!!!


Ikan Patin Stim (kak nor tgganu)



Bahan:

1 ekor ikan patin sederhana besar (boleh guna ikan lain spt siakap, kerapu atau bawal)
2 biji limau nipis
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 in halia muda
1 biji mangga muda (guna 2 biji kalau buah kecik)
5 biji cili api ~ diketuk biar pecah2
2 sudu besar sos tiram
garam dan gula secukup rasa
air

Cara2

Bersihkan ikan dan perap dgn air limau nipis dan sedikit garam. Perap sebentar, lepas tu bilas dan toskan.
Potong bawang besar, halia muda dan mangga muda

Masukkan ikan ke dalam mangkuk tahan panas, dan taburkan bawang putih, bawang besar, halia, mangga dan cili api.Bancuh sos tiram, garam dan sedikit gula dgn 1 cawan air. Sukatan air ni terpulanglah, kalau nak berkuah, lebihkan ya..

Curah bancuhan tu keatas ikan dan kukuslah sehingga ikan tersebut masak, lebih kurang 20 min.Biasanya kalau mata ikan tu tersembul keluar bermakna ikan tu dah masak.Lauk ni sedap dimakan panas2..

psst..xdinafikan mmg sedap la..dah lama dah dok simpan jekk rcp ni, kebetulan ada stok ikan patin dlm esbox, tu yg aku wat tu..wehh..wat k.nor..resepi mu ini sgt sedap..suke..sihat tul menu2 ni..so, aku nak syorkan pada sesapa yg sesekali ingin bertukar kpd menu yg sihat..nah ini dia rcpnya...jgn xbuat tau..mmg xnyesal la..(bg aku la..) .. hihi...



Chocolate cake (resepi kek zaima)



Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara:

1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.
2. Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak.
3. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi. Gaul rata dan campur tepung.
4. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je).
5. Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap. Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejukkan.




psstt...sila abaikan chocolate yg comot2 tu ekk..hihi..lambat arr nak tggu chocolate tu sejuk sket.. tuang jekk choc tu n hias ngan buah terus anak aku minta sekeping...kek besar tu kejap je abis.. bkn buruk lantak tau, aku bg sket kat family mil aku.. lgpun anak2 n hubby aku suke sgt kek cenggini...sedap tu!!!



Terung Masak Sambal (kak hasue)



Bahan2:

2-3 Terung Panjang-Kupas belang2 seperti dlm gambar dan potong memanjang...(potong 2 dan belah nipis sket pun ok..)-kali ni sue potong pendek2 sket
1 cili merah
2 bawang merah
1 ulas bawang putih
Segenggam udang kering
1 sudu belacan
Perasa-garam,pak aji dan gula secukup rasa
Limau kasturi-untuk diperah ketika hendak makan sebagai pembangkit selera


Cara2:

Cili,bawang merah,bawang putih,udang kering dan belacan ditumbuk(sue kisar guna pengisar bhn kering jer)
Panaskan dalam 1/3 cawan minyak masak,tumis bahan tersebut sehingga naik bau dan agak garing
Masukkan terung yg sudah dicuci bersih..kacau goreng hingga sekata dan kecilkan sedikit api. Tunggu sehingga terung layu dan berubah warna..kacau jika perlu.
Apabila terung sudah agak mengecut,masukkan air sehingga melebihi paras terung.
Kemudian masukkan semua bahan perasa..
Pastikan terung benar2 sudah masak sehingga ada isi yg tertanggal dari kulit pun tak mengapa..lg sedap sebab lebih lembut..jika belm lembut,tambahkan lagi sedikit air.
Apabila airnya sudah sama paras dengan terung atau kurang,sebatikan semua rasa dan padamkan api..


Perah limau kasturi di saat hendak memakannya,jgn dlm periuk lak..kang x sdp nk panaskan kalo x abis skali mkn..Kalo xnak letak pun xpe sebab ia juga sedap dimakan dengan nasi begitu sahaja..SELAMAT MENCUBA..

psst..dicopy bulat2 ok...tens, sesekali masak cmni sodap ghupanya!!


Sambal Sotong



wat sambal cam besa je cuma tambah sos tiram/sos cili n sos tomato...kekadang nak gak rasakan kelainan kan? kan?



Udang Goreng Tumis (kak love)



Bahan2nye :-

700gm udang (dibersihkan...nak berkulit pun ok)
3 ulas bawang putih - dicincang
1 inci halia - dicincang
2 biji bawang besar (klu terlalu besar, boleh gn 1 shj)
1 tangkai daun kari
3 tangkai cili kering - potong dua
1.5 sb serbuk cili
1/2 sk serbuk kunyit
Garam dan aji
Minyak masak


Cara2 memasaknye :-

Perap udang bersama serbuk cili, serbuk kunyit, garam dan aji.
Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bawang putih dan halia.
Masukkan udang yang telah diperap tadi. Goreng sebentar.
Bila udang dah masak, masukkan bawang besar, daun kari dan cili kering.
Tumis sebentar...kacau2. Perasakan ngan garam dan aji kalau tak cukup taste.
Padamkan api dan angkat.
Sedia dihidangkan!





psstt...kak love tanks ya 4 sharing dis rcp...sedap hubby pun suke..simple n paling penting...cepat!! hihi...rcp tu c&p bulat2 dri blog akak tau..



Sambal Ikan



Antara menu-menu mggu lepas...simple n mudah!!




Sambal Telur Hancur



ni mmg feveret aku...xtau la knapa aku suka mkn sambal telur hancur cenggini...tp sodap kat tokak aku ni..mkn nasi panas2 xpun cicah ngan roti...sambal cam besa cuma telur tu dihancurkan jekk...suke..sedap...tanks kat mak sbb suke msk camni kat aku..hihi




Sayur Campur



apa..nak resepi..ala, xyah la lgpun ni syur campur sama je cam korang masak..rasa xlari punya, sbb bhn2 sama..korang jamu mata tu udah la ye..



Kerabu Sotong Pak Din (ayah aku ler..)



aku suke klu ayah aku yg wat kerabu or masak mee..xkira la mee goreng ke, mee kari ke.. janji dia yg buat..sbb sedap sgt...suma dibuat guna resepi dia sendiri..kira klu mkn tu leh bertambah2 la...klu korang nak tau mak n ayah aku ni kaki mkn..ada je tmpt baru yg depa try..kira nak mkn tu kena cari kedai yg kena kat tekak depa la..hihi...tu yg terkenan kat anak dia ni.. :)


psstt...resepi nnt aku masukkan ekk...





Besday gift tuk kak chik Mi




epi belated besday kak...hope persahabatan ni kan kekal walau di alam maya...sudi-sudikanla mengangkutnya..hihi