i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!

Awards - Kak Noorma

Dengan seikhlas hati ku terima awards ni..suke..suke..ceq suke sgt..sbb ceq mmg minat gile ngan bear-bear dr kocik g..xtau la pasai pa...dolu2 time bocinta hubby sik bg bear2 jekk...hik..hik..cam bebudak pun da gak kan...tima kasih byk2 kat kak noorma sbb sudi kasik awards ni...syg akak!!




ni la awards yg aku dapat..comeikan...klu dpt yg original lg best..hua..hua..moga persahabatan yg terjalin di alam maya ni akan berkekalan hendaknya..moga stu ari nnt kita suma dpt bersua di alam realiti...InsyaAllah...





Awards - Kak Hasue

me kasih...me kasih.....




Now I have to follow the rules and the rules are :

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

wahh..syioknya, xsangka leh dpt award dr kak sue ni..bru jek nak kenai2 dah kena tag pastu dpt lak award yg tomei ni...sukenya aku...hahah..hepinye...len kali bg lg ekk..suke!!10q bery much kak...huhu...terharunya, msih ada yg sudi kasi award..heheh..terima la kak sue..ceq dah post kan kat umah ceq..

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

xpela..kali ni aku alu-alukan pada sapa2 yg nak copykan award ni n post la kat umah korang lak..jgn malu2 jgn segan2...sbb award ni tanda persahabatan kita di alam maya...Sudi-sudikanlah pada sapa2 yg sudi ok...





Tagged - My Baby

huuhuu..aku kena tag dari kak Hasue..malasla nak tangguh lama2 kan..dah da peluang ni baik aku wat cepat..heheh..ni..ceq dah jawab ye kak..hope puas hati le, pasni sila blanja ekk sbb dah jawb tag..keh..keh..keh..

1. Anda sudah mempunyai berapa org anak & nyatakan Girl Or Boy???
# baru 2 orang...dua2 hero

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak??
# tggu anak2 besaq sket (sebenonya xkisah..dah rezeki kan..hihii)

3. Nyatakan nama anak anda & apa makna nama anak anda dlm Islam??
# Nur Iskandar (Nur = cahaya) (Iskandar = nama seorang raja)
# Nur Irfan Haikal (Nur = cahaya) (Irfan = kebijaksanaan, kesyukuran, pengetahuan)
(Haikal = Pokok yang besar dan subur)

4. Siapakah yg memberikan nama anak anda??
# Aku yang cadangkan nama2 tuk kedua2 anak aku..hubby aku ikut jekk..heheh

5. Dari mana tercetusnya idea memberikan nama anak anda??
# ntah la..tetiba jekk time dorang lahir jekk aku nak bubuh nama tu...xde lak sumber inspirasi.. cuma yg 2nd tu terbekenan lak kat usahawan tenet tu...ala yg Irfan..apa ntah..hihhi..

6. Sekiranya anda dikurniakan seorg lagi cahaya mata...apakah nama yg akan anda beri...
# mana leh bg tau skrg..x thrill ler...sabo ye..

7. Berapakah perancangan anak yg anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy???
# xkisah...mudah-mudahan ramai ler hendaknya..InsyaAllah..aku suka budak2

8. Bagi yg mempunyai anak lebih dari seorg...nyatakan jaraknya beza umur anak anda??
# 1st son and 2nd beza xjauh pun..beza 2thn jerkk...

9. Untuk kelahiran anak anda yg akan datang..anda nak Girl @ Boy?? Nyatakan sebabnya??
# klu leh nak girls la plak sbb dah da 2 hero..nak gak merasa camna membesarkan baby girls ni

10. Apa ciri2 persamaan anda & anak anda??
# dua2 kuat merajuk cam ibu dia..hihi..xleh kena marah sket, mula la merambu air mata tu..heheh

11. Upload gambar anak anda untuk tontonan semua rakan blogger...


(Iskandar = Along)


(Haikal = Angah)

12. Nak Tag???

> kak sharhanah
> kak ultramama
> kak jun
> kak inahar
> sis-lin
> kak asma
> kak ummi
> kak noorma
> kak sue-joshua
> kak fiza nordin
> kak nanie
> kak ct
> kak ita

sapa yg dah pernah wat tu..korang abaikan je la ekk...




di satu hari...hari tu la..(dah lupa ari apa)...adik2 ipar termasuk hubby aku request masakan kungpao chicken n sambal tauhu...ok la..memandangkan suma bhn dah ada aku pun on je la..masak kat umah my MIL lak tu..huhu..ni yg xtahan ni..hehe...

1stly aku siapkan la sambal tauhu tu...setelah segalanya selesai..aku pun terus panaskan minyak yg dlm kuantiti sket..ayam tu aku dah siap salut ngan tepung jagung..panas jekk minyak aku terus masukkan suma ayam tu, lebih kurang satu tupperware gitu..dah masukkan tu..aku pun gaul2 la biar sebati supaya ayam tu masak sama rata jekk..tp aku dok heran gak..apahal ayam ni asyik melekit2..agaknya sbb aku letak banyak kot..xpikir apa2 g terus aku masukkan segala sos2 dan cili kering serta bawang dan gajus..(kebetulan da gajus kat umah MIL)..xbyk pun sket jekk..jadi la..aku pun terus la gaul2 biaq sebati org kata...tgh dok layan memasak tu..tetiba

hubby aku dtg jenguk kat dapur..pastu dia tnya aku..masak apa tu?? (dgn muka yg berkerut2) aku pun xplain la kat dia aku masak kungpoa chicken la...ermm dia xtnya apa dah terus blah..rasa pelik gak apahal hubby mai tnya soklan camtu...tgk ayam aku ok jekk..

dah siap suma terus la minta SIL aku hidangkan...time nak mkn jekk soklan yg paling best dari MIL aku...apsal ayam ni melekit2 ... huuhuu...time tu gak aku baru tersedar....waaaaaaaaaa

malunya aku...dah la masak kat umah MIL...cmne lak leh xsedar aku lupa nak goreng ayam tu dulu...patutla melekit dia lain mcm jekk...nak mkn pun rasa cam kembang tekak..waa...waa.. malu2..hubby aku gelak terkekek2.. smpai ati dia...tp bila tgk muncung aku dah sedepa dia pun paksa la diri mkn ayam tu..pastu dia leh kata...melekit2 pun sedap gak la ayam ni...tp dgn mimik muka yg wat aku rasa cam nak terburai jekk gelak aku..tp harus ku control...

dengan sopan aku bgtau kat MIL...lupa nak goreng la mak!!! hahaha....ni la jadikknya bila my kepala bikin mereng...wakakakahh







Bakso..bakso..sapa nak bakso..jemput2 mai umah..hehehe...ntah la tetiba jekk aku tingin nak mkn bakso..hahah...tekak melayu tp kekadang nak gak rasa mkanan paling femes kat Indon tu..hehe...sedap oitt...aku wat sup dia dari tulang gear-box tu..aku rebus smpai 4jam lebih hggakan segala isi2nya lembut-selembutnya..hahah...sedapppppp.....wat sup cam besa2 ja..cuma xde nak tumis apa2 juz rebus dat tulang n daging2 serta lelemak tu smpai la sup dia pecah minyak sendiri...pastikan bahan2nya fresh utk dptkan sup yang ngancam tekak dan manis ... bukan manis bubuh gula tau...pastu aku wat bawang goreng sendirik serta bebola daging yang segera tu .. akan ku pastikan beli dari penjual beragama Islam... Then, wat cili kicap serta sos cili + sos tomato + sos tiram = sedap, cam mkn bakso yg real dari Indon...xcaya..cuba la!! pastikan mee + bihun sket..ok








1stly aku minta korang tolong abaikan mutu gambo yg xberapa sharp ni..heheh...walauapapun rupanya...rcp ni sedap bangat..pas ni xpyh la dok p shopping kat pasar mlm g sbb dah tau wat sendiri...ari tu aku dah siapkan stok kuah yong tau fu ni lebih sket, dpt la dlm stu tupperware..so bila2 aku rasa teringin ..juz kuar kan jekk..sonang koje den...juz c&p je rcp ni...

Yong Tau Fu (kak ita & minami133)



Bahan-bahan: (5-6 orang)

10 tangkai cili kering
gula melaka atau kurozato
bijan goreng
gula (kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
sedikit ajinomoto - saya tak bubuh

Cara-cara:

1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
2. Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
3. Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
4. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5. Masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
6. Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.








Kuih Belimbing (kak hana)



Bahan-bahan:

1 cwn tepung gandum
1 cwn air
1 biji telur
1 sudu mkn marjerin/butter
1 sudu mkn gula
esen vanilla

Cara:

1. Pukul telur dlm mangkuk yang berlainan.
2. Satukan gula/ esen/ butter dan air; didihkan. Tutup api setelah ia mendidih.
3. Masukkan tepung dan kacau cepat2 dengan menggunankan senduk kayu.
4. Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung tadi.
5. Masukkan adunan dalam acuan semperit dan tekan terus kedalam kuali yang telah dipanaskan minyak terlebih dahulu. (aku tekan dlm bekas lain byk2 pastu baru goreng.)
6. Last, taburkan kuih dengan gula icing.


tunggu apa lagi..ngap je la..sedap la kuih ni..tima kasih kak hana...n sila abaikan mutu gmbo yg xberapa elok ni serta rupa kuih ini..hahaha...burok tp sedap..ngeh..ngeh..








Nasi Goreng Tomyam (kak hana)



huhu..rcpnya??? ala korang p cari kat umah kak hana la ekk..ala kak hana nippon tu..hehe..cori ekk..sedap tau nasi goreng ni..anak2 pun suka mkn coz aku wat versi xberapa pedas..hihi







Menu-menu lepas yang dah basi dlm folder aku...yo la, ri ni la bru ada time nak post kan pun..kekadang tu dngan kebizian yang dah melampaui batas ni..aku rasa aku ni cam PM lak..hahah..
ni la antara menu2 yg sempat aku snap tu mggu2 yg sudah...


(Hati Masak Kicap)



(Ikan Pari Goreng Kunyit)



(Sambal Ikan Bilis & Kentang)







walau ayaq tembikai laici yg korang2 suma wat tu dah lama berlalu...aku tetap nak tayang gak... biasala aku ni slalu ketinggalan dlm bab2 ni..tau2 dah da rcp baru..huhu...nmpak sgt aku ni dlm tahap kbizian yg melampaui...hahha





nah...se'jug aku tayang kat korang suma..smpai xsempat nak tuang dlm gelas...heheh...tp ayaq ni xleh arr minum slalu sejuk dia smpai ke ulu hati ooo...heheh...layanzzzzz




Ikan Masak Benggala (CMG)


BAHAN-BAHANNYA :-)

1 ekor ikan kerisi - aku guna ikan tongsan..hahah
2 - 3 biji bawang besar, dihiris (kalau bawang tu besar gedabak, guna 1 pun dah ok)
1/2 cawan jus asam jawa
3 - 4 cawan air atau secukupnya
1 cekak daun ketumbar
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
Sayur bendi dan terung secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
2 camca besar cili kisar*
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih*
1 camca besar lada hitam biji*
1 camca teh jintan manis*
1 camca teh serbuk kunyit*


(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Siang ikan, buang sisiknya dan potong ikut suka, cuci bersih dan perap dengan jus lemon dan sedikit garam selama 10 minit, cuci kembali dan toskan, (mat guna kepingan ikan tenggiri, jadi cuci bersih dan toskan saja). Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang besar hingga layu dan masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing dan harum.
3. Tuang sedikit air dan masukkan daun ketumbar, kacau dan biar sebentar 1 - 2 minit.
4. Kemudian masukkan air, kacau rata dan bila mendidih, masukkan ikan dan sayur bendi/terung.
5. Kemudian tuangkan jus asam jawa secukupnya, tambah garam dan sedikit gula (jika suka).
6. Masak hingga mendidih.Akhir sekali masukkan tomato dan rasa, jika ok boleh matikan api.
7. Taburkan lagi sedikit hirisan daun ketumbar dan bawang goreng, jika suka



pssttt...cik mat...ceq c&p je la ekk..mlas tu nak key-in..heheh...cedap bangat!!










Fruit Jelly (kak.waeedeana)



Bahan-bahan: (2 orang)

2 biji limau- large size
4g serbuk agar-agar
500ml air + jus limau
50g gula
secubit garam

Cara-cara:

1. Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
2. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
3. Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
4. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. (Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)


psssttt...kak..linda c&p je ekk...tens 4 da best rcp...hubby n anak2 suka bangat...heheh








Dinner smlm...juz a simple but delicious 4 me & hubby n some fruit 4 my kids...

Bihun Goreng versi Linda



Bahan-bahan:

1 bungkus bihun - direndam/ ditoskan
15-20 cili padi * (ikut tahap kepedasan masing2)
1 mangkuk kecil ikan bilis *
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 sudu makan sos tiram
1 mangkuk kecil isi ayam
1 mangkuk kecil udang sederhana
1 mangkuk kecil hirisan carrot
1 mangkuk kecil daun bawang
3 biji telur - digoreng dadar & hiris halus (tabur)
1 biji tomato - hiris (tabur)

Cara:

1. Kisar halus bahan bertanda (*). Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan ayam n udang serta garam/gula/serbuk perasa. Tambahkan juga sos tiram, gaul rata.
3. Masukkan bihun, carrot, daun bawang dan gaul hingga sebati. Angkat.
4. Hidangkan bersama dengan hirisan telur dadar dan tomato.



Fruit 4 my kids...dorg ni mmg suka makan buah...bg la buah apa pun suma habis...ermm..bagus2!!



kek coklat lembap (pasirmas2london)



Bahan A:-

250 gm butter
1 cawan serbuk koko
1 cawan brown sugar/gula kastor
1 cawan susu cair
1 sudu besar nescafe (wan letak 1 sk je)
1/2 cawan susu manis

Bahan B:-

3 biji telor
1 sudu teh esen vanila

Bahan C:-

1 1/4 cawan tepung gandum *
1 sudu teh baking powder *
1/2 sudu teh soda bicarbonate * (*diayak bersama)

Cara Menyediakan:-

- Campurkan semua bahan A dalam periuk dan masak atas api sederhana, kacau sampai cair
sebati dan tidak berketul2. Biarkan suam.
- Pukul telor dengan esen vanila hingga kembang. Masukkan adunan koko tadi. Kacau rata.
- Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil digaul sebati.
- Panaskan kukusan. Tuangkan adunan dalam acuan.
- Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yang sederhana. (selalunya wan kukus
40 minit aje)

Bila telah sejuk, keluarkan dan bolehlah diletak topping kesukaan.


Nota: semasa mengukus, balut tutup kukusan dengan tuala/kitchen towel.


psstt..pada tuan empunya... (ceq c&p jekk...hope jgn marah, n tens 4 da best rcp!!)


Ayam Masak Merah & Gulai Ikan Talang dan Nenas









Siput Sedut versi my Mak



Bahan-bahan:

1kg siput sedut - dibersihkan
20 cili padi *
1 labu bawang besar *
2 batang serai - diketuk
3-4 sudu besar kicap
sedikit santan pekat
garam/gula

Cara:

1. Kisar halus bahan bertanda (*). Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama2 dengan serai.
2. Agak garing, masukkan kicap dan siput. Gaul rata.
3. Masukkan pula santan serta garam dan gula. Biar hingga siput masak dan mendidih.




Daging Salai Masak Lemak Cili Api



Bahan-bahan:

Daging disalai - dihiris nipis2
Kunyit Hidup *
Cili Padi *
Santan
Serai (optional)
Ubi kentang (optional)
Kacang panjang (optional)

Cara:

1. Masukkan daging kedalam periuk bersama santan cair, kunyit dan cili api serta ubi kentang.
2. Masak daging hingga mendidih dan daging betul2 empuk. Masukkan pula kacang panjang.
3. Masukkan santan pekat serta garam. Biar seketika, tutup.





Sardin Masak Sambal Kicap



Bahan-bahan:

1 tin sardin cap ayam - ditos dan digoreng
10 cili kering - digoreng *
1 labu bawang besar*
1 inci halia - dihiris nipis
1 cili hijau - dipotong serong
1 labu bawang besar - dipotong bulat
kicap

Cara:

1. Kisar halus bahan2 bertanda *.
2. Panaskan minyak lebihan gorengan cili td dan tumiskan bahan kisar bersama halia hingga naik bau.
3. Agak garing, masukkan kicap. Masukkan pula ikan sardin yg telah digoreng terlebih dahulu.
4. Last, masukkan bwg serta cili hijau. Siap.




Spagetti sup




wat sup ayam macam biasa cuma tambahkan pati ikan bilis = siap!!