i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!

Makanan orang putih..... :))


Hidangan set lengkap ayam + mini burger + salad + french fries


AYAM BAKAR BLACKPEPPER BERMAYONIS
source: Kak Nor

Bahan-bahanye:

1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil blackpaper
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah

Caranya
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.

2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)

SOSEJ SALAD

Bhan-bahan:

salad 3 jenis
cherry tomato
sosej dging ramly - direbus
sos thaousand island

= gaul kesemua bahan dgn sos thousand islands...siap!!

Mini Burger

Bahan daging:

500 gm Daging cincang ramly
daun bawang - hiris halus
1 biji bawang besar - potong dadu
sedikit serbuk lada hitam
1 biji telur
garam

Cara: Gaul kesemua bahan dan bulat, kemudian tekan2 sket ketika memasak di atas kuali non-stick..balik-balikkan hingga dagiing masak.

Bahan burger:

salad
mini bun segera - dibelah 2 dan disapu mayonis, panaskan non-stick pans - letak bun biar garing sedikit
cheese
sos cili/sos tomato/ sos blackpepper

cara: letakkan sos tomato diatas lapisan roti yg paling bawah. Kemudian letakkan daun salad, kemudian picitkan blackpepper sos dan sos cili, letakkan pula daging burger dan cheese diatasnya. Kemudian panaskan sekejap di dlm microwave atau oven untuk pastikan cheese cair sedikit....siap

Blackpepper sos
source: MYR

Bahan-bahan

Serbuk blackpepper
Sos cili -XLETAK
Cili boh - XLETAK
Garam
Ajinamoto
sedikit kicap pekat - linda tambah
Bawang merah dicincang halus
Bawang putih dicincang halus
Tepung jagung sedikit dibancuh dgn air - linda tambah
sedikit cendawan - dihiris halus - linda tambah

Cara-cara

Didihkan air dalam periuk/kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan serbuk blackpepper. Kacau.
Masukkan cili boh dan sos cili lepas tu kuatkan api and kacau sampai kuah tu jadi pekat.
Dah pekat tu, masukkan garam and ajinamoto lepas tu kacau. Agak-agak garam and ajinamoto tu dah larut, angkat lah.
Sos ni biasanya fara makan dengan fries. Sedap bila dicicah.


psssttt...k.nor, linda minta izizn share rcp ayam kat sini lak yekk...mekasih :))

~LINDA~

No comments:

Post a Comment