i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!

Besday cake sempena my 2nd son besday..dah lepas pun


As'salam....

Monink!! Walau xsecantik; sehalus seni pakar yg mendeco cake, but ceq mmg puas hati, sbb cake tu moist n gebu jekk.. :D

Bab deco2 ni mmg failed sket la, tp bab rasa ni lulus kot..heheh..apapapun ni gabungan antara kek coklat moist n kek pandan..mmg sedap arr..hikhik..(angkat bakul sendiri) Tapi kalau diri sendiri x puji sapa g nak puji kan..k la, layan je la pic kek kat bawah ni..ceq nk p wat koje..

Taste so good!!!


Coklat Moist Kek
Sumber: Hakak WANA YUSUF

Bahan-bahan:

2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak jagung
¾ cawan serbuk koko
1 cawan air panas
1 cawan yogurt
1 camt serbuk penaik
1 camt soda bikabonat
2 biji telur ( 3 biji telur saiz kecil)
1 camt essen vanilla
1 camt garam

Cara-cara:

1. Ayak tepung, serbuk penaik, soda bikabonat dan serbuk koko.

2. Kacau gula, air panas, yogurt, essen vanilla, garam dan telur hingga larut.

3. Perlahan lahan masukkan tepung dan minyak bergilir-gilir.

4. Masukkan dalam acuan kek panas yg telah di sapu mentega dan di alas dengan kertas minyak.

5. Bakar selama 45-50 minit pada suhu 180 darjah C.

6. Boleh di kukus jika suka.

Kek Pandan
Sumber: Hakak DayangJack

Bahan-bahan:

100 g tepung gandum*
1/2 sudu kecil serbuk penaik (*diayak bersama tepung)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
1 sudu besar ovalette
50-60 g gula kastor
60 ml minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan

Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 170C-180C. Lengserkan loyang/loyang swiss roll dengan mentega dan alaskan dengan baking sheet. Ratakan lagi dengan mentega dan taburkan sedikit tepung jika suka.

2. Di dalam mangkuk adunan, putar kesemua bahan kecuali minyak hingga kembang dan gebu.

3. Kemudian, masukkan minyak jagung dan kacau sebati dengan spatula secara kaupbalik.

4. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau loyang swiss roll dan bakarlah selama lebih kurang 20-25 minit atau sehingga keperangan. Suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.

Psstt...

(kak wana) = Thanks ya sbb sudi share kek coklat yg best ni..really like it!! minta izin C&P kat sini :D

(kak dayang) = Mekasih ya, linda amik rcp akak dari koleksi kek pandan lapis kastard..mmg sedap kek ni..lembut gitu..mekasih skali lg ya..dan minta izin C&P kat umh linda ni..utk rujukan masa hadapan... ^_~


1 comment:

  1. Thanks sudi cuba resepi kek coklat tu ye... harap linda sekeluarga suka resepi tu...

    ReplyDelete