Rcp dah lama..time Selangor cuti ri tu, kebetulan adik aku xkoje..makanya dgn bangga nya dia telah menggodek satu rcp ni kat tenet...at last dia jmpa rcp yg aku sndiri pun xpernah jumpa n try.. balik jekk aku dari koje terus serbu ke dapo sbb nak tau pa dia masak yg smpai spesel sgt tu.. amik ko...sampai separuh periuk dia masak sup...huhu..ish..aku dah start beletiaq, satgi kot x sedap membazir ja...p dok msk bebanyak tu pasai pa pun xtau...hmmm.. Last, aku suwuh dia p panggei family MIL aku mai mkn kat umh mlm tu..abis tu xkan nk buang jekk...at last, diorang leh mkn gak kan..xyah susah2 msk...ngeh2
Dia wat 2 types of food... Koey Teow sup & Spagetti sup
Tiba saat tuk mkn...huh, memasing diam xterkata apa..mmg sedap la wehh...pandai gak adik aku wat ekk...walau pun rcp dia amik dari tenet.. sbb sup tu baru pestime aku rasa sup yg dicampurkan dgn ubi kentang yg telah diblend hancur...ermmm sedap...tmbh lak dia wat cili kicap yg mmg wat suma org terangkat...hehehe...
Korang sila layan gambo dolu ekk...rcp, nnt aku p godek2 kat dia...pastu aku hupdate..ok..
Kway Teow Sup China
Kiriman: norlinda azzuddin (MYR)
Kiriman: norlinda azzuddin (MYR)
Bahan-Bahan:
2 paket kway teow nipis
½ daging
½ ayam
½ udang
1 batang carrot
10 batang sayur sawi
suku sayur kobis
chili padi
limau kasturi
bawang merah 3 ulas
bawang putih 3 ulas
ubi kentang 10biji
rempah sup adabi 2 sudu besar
1 paket sup bunjut
bawang goreng
daun sup.
Cara:
ubi kentang hendaklaa direbus dan dilenyek sehingga benar2 hancur. tumis bawang merah dan bawang putih,berserta sup bunjut dan rempah sup sehingga naik bau, tumis kan pula ayam,daging,dan juga udang sehingga benar2 wangi. masukkan pula air secukup bersama ubi kentang yg siap dilenyek untuk memekatkan kuah. selepas mendidih bolehlaa letak garam secukup rasa dan ajinomoto.
Cadangan Hidangan:
sayur-sayuran tadi hendak laa direbus terlebih dahulu dan asingkan megikut jenis sayuran dan hidangkan bersama2 kway teow tadi. bilas kway teow bersama air panas letak kan kway teow didalam mangkuk tuangkan kuah tadi bersama kway teow menambahkan haruman masakan tadi bersama bwg goreng dan daun sup.
Tambahan:
jika mahu lebih pedas.
chili padi 30btg
kicap manis
bawang 2 biji
gula 2 sudu besar
kesemua bahan nie hendaklah di kisar hingga hancur dan hidangkan sekali bersama kway teow sup china. cuba laa resepi saya ini. pasti menarik selera yang gemarkan mee lebih lagi pada kanak2 yang tidak sukakan pedas.
Tens ya pd tuan empunya rcp ni sbb sudi share rcp kat myr..aku juz C&P jekk, lenkali adik aku leh wat lg..hikhik
Sup makan sgn sambal kicap bestnye... lagi lagi kalau orang lain yang masakkan.hihihihi
ReplyDelete