i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!

"Valentine's Day"

BILA tibanya 14 Februari tiap tahun, merentasi benua, suami isteri, pasangan kekasih saling bertukar hadiah, kad ucapan atau bunga-bungaan. Tidak kurang juga ada segelintir yg menyambutnya dengan merperjudikan tubuh tanda cinta dan kasih sayang pada mereka yg bergelar kekasih semata-mata untuk meraikan `Saint Valentine's Day' atau Hari Kekasih.

Siapa dia St Valentine dan mengapa harus beliau dikaitkan dengan perayaan kekasih yg disambut di seluruh dunia?? Ada pelbagai versi asal-usul hari kekasih namun sejarah St Valentine tetap diselubungi misteri. Namun, yang pasti tradisi sambutan Hari Kekasih ini merupakan tradisi penganut agama Kristian dan tidak ada kena mengena dengan budaya Melayu. Malangnya, orang Islam pada hari ini lebih taksub untuk menyambut Hari Kekasih berbanding hari2 penting yang tercatat dalm kalander Islam terutama bagi golongan remaja.

Tidak salah sama sekali jika kita ingin menyambutnya tapi janganlah sampai terlalu ghairah hingga sanggup berbuat apa saja. Dan mengapa kita mesti meraikan Hari Kekasih ini hanya dengan merujuk pasangan masing-masing?? Mengapa tidak kita raikan ia bersama ahli keluarga dan kenapa tidak kita menunjukkan kasih sayang pada yang lebih berhak?? Mengapa tidak kita meraikan Hari Kekasih tidak mengira waktu kerana bukankah Hari Kekasih ini adalah hari untuk kita memperingati dan meluahkan rasa sayang kita??

Tidak perlulah diadakan hari-hari khas untuk meraikannya. Apa salahnya jika setiap hari kita meluahkan rasa kasih sayang tetapi biarlah ia menepati syariat Islam. Ia juga akan merugikan kita kerana terpaksa membazirkan wang ringgit kepada pasangan yang belum tentu jodoh kita terutama pasangan remaja yang belum berkahwin. Hakikatnya kesilapan ini bukanlah disebabkan sikap remaja semata-mata tetapi banyak pihak juga yang memainkan peranan yang menyebabkan ia disambut dengan ghairah dikalangan orang Islam sendiri. Maka, salah siapa sebenarnya..Kita atau mereka??

Fikir-fikirkanla...
Renung-renungkanlah...
Budaya kita atau mereka??


No comments:

Post a Comment